AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, November 6, 2009

PKFZ: Kerajaan Digesa Jangan Lindung Menteri

http://www.myfuelgroup.com/image/production_clip_image002_0000.jpg

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara berkenaan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang disambut baik ramai pihak.

Lebih dari 10 pegawai kanan dan bekas menteri dituduh dalam laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen 5 November lalu.

Namun laporan PAC ini turut menguja seribu persoalan baru, menguji kesungguhan kerajaan membasmi rasuah.

Pakatan Rakyat berpendapat ada usaha kerajaan untuk menutup maklumat penting berkenaan salahguna kuasa dan penyelewangan dalam pembinaan projek mega ini.

PAC mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pasukan Polis Diraja Malaysia menyiasat bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong choy dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Paduka OC Phang.

Namun, PAC sedia maklum bahawa Kabinet telah menerima laporan berkenaan skandal PKFZ dan berdasarkan laporan setebal 15 hingga 20 mukasurat ini ada menteri yang harus dipertanggungjawabkan namun sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil.

Chan dituduh pecah amanah dibawah Seksyen 14(1) Akta Prosedur Kewangan 1957 dengan mengeluarkan tiga surat sokongan - membawa kepada skandal RM12.5 bilion ini.

Namun begitu, SPRM sebelum ini pernah mendakwa siasatan suruhanjaya keatas tiga surat ini tidak menjurus kepada salahguna kuasa.

“Kalau mereka tidak mengendalikan hal ini dengan bagus,maka ada kemungkinana besar Barisan Nasional akan kena hebat dalam pilihanraya akan datang,” kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Siasatan mendapati lonjakan RM12.5 bilion ini hanyalah sekelumit dari jaringan konspirasi yang lebih besar.

Pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang bertarung menjawab soalan media berkenaan kontroversi pembelian tanah milik Koperasi Pembangunan Pulau Lumut.

Tanah seluas 1,000 ekar milik koperasi melayu di beli Kuala Dimenasi pada harga serendah RM3 ringgit untuk satu kaki persegi.

Tanah itu kemudiannya dijual kepada PKA pada harga yang setinggi RM25 ringgit untuk satu kaki persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimenasi adalah Pengerusi Kelab Penyokong BN Datuk Seri Tiong King Sing.

Syarikat ini turut dipengerusikan oleh bekas Bendahari Umno Azim Zabidi.

“Cadangan saya sebenarnya ialah Najib mesti memberi arahan kepada pihak AG,katakan kepada AG,gunakan cadangan ini,heret semua yang terlibat ke mahkamah,terus,jangan bincang.Itu akan menunjukkan keseriusan dalam menangani masalah kanser rasuah ini di Malaysia,” tambahnya.

Sumber: TVSelangor.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009