AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, November 17, 2009

Kerajaan Selangor dedah kisah benar projek Bukit Botak


SHAH ALAM, 17 Nov : Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan laporan bertajuk ”Kisah Di Balik Projek Penempatan Semula Setinggan Bukit Botak" untuk memberi gambaran penuh mengenai projek Rancangan Penyusunan dan Penempatan semula Setinggan Bukit Botak.

Seperti yang disebut sebelum ini laporan ini dapat dibuat dan diedarkan kepada orang ramai setelah Dato’ Menteri Besar menggunakan kuasanya yang diperuntukkan dibawah Seksyen 2c Akta Rahsia Rasmi untuk mendeklasifikasikan maklumat yang terlibat.

Laporan ini adalah yang ketiga daripada siri yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar yang mendedahkan kisah benar di sebalik beberapa projek pembangunan dah penghuntan yang gagal memanfaatkan Kerajaan Negeri dan rakyat tetapi menguntungkan syarikat-syarikat tertentu.

"Sila teliti paparan berikut tentang latar belakang ringkas projek penempatan Semula Setinggan Bukit Botak yang telah bermula sejak tahun 1986 lagi dan disebabkan masalah dan kekangan teknikal menyebabkan projek ini terbengkalai pada tahun 1992," kata kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Laporan ini menyentuh syarikat-syarikat yang terlibat serta kos yang terpaksa dibiayai oleh penduduk setinggan berkenaan.

Di antara syarikat yang terlibat dalam projek ini adalah Syarikat Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) yang telah meneruskan projek ini pada November 1996 yang dilantik oleh kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Dato’ Abu Hassan, Menteri Besar ketika itu.

Beberapa masalah pengurusan DCSB seperti tidak membuat bayaran premium tanah yang dikutip daripada peserta, tidak menyiapkan rumah transit seperti yang dipersetujui, tidak konsisten dalam pembayaran wang subsidi sewa yang akhirnya menyebabkan projek ini terbengkalai pada tahun 2004 .

Setelah 20 tahun dan empat Menteri Besar yang berlainan, masalah ini masih lagi membelenggu penduduk setinggan.

Kerajaan Pakatan Rakyat bersedia untuk menolong menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin untuk penduduk sentinggan dan kerajaan negeri. Adalah diharapkan laporan ini akan membantu proses penyelesaian dengan lebih lancar, katanya.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009