AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, November 20, 2009

JAIS Kekal Keputusan Tarik Tauliah Khalid Samad


SHAH ALAM 19 NOV - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetap dengan keputusan menarik balik pentauliahan yang diberikan kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, setakat ini pihak Jais kekal dengan keputusan itu dan tiada sebarang perbincangan untuk memberikan semula tauliah berkenaan kepada Khalid.

“Pada masa ini JAIS masih kekal dengan keputusan sedia ada dan tiada sebarang perbincangan dibuat untuk memberikan semula tauliah berkenaan.

“Kita mengambil tindakan berkenaan berdasarkan akta dan peraturan yang telah ditetapkan. Jadi penduduk tidak boleh membuat bantahan kerana tindakan JAIS termaktub di dalam enakmen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan daripada 649 kariah dan penduduk yang menandatangani Memorandum Bantahan Penyalahgunaan Akta Tauliah JAIS, kelmarin.

Mohd Hidayat berkata, selain telah membuat pemantauan terhadap dakwah yang disampaikan oleh Khalid, Jais turut menerima aduan daripada beberapa pihak yang menyuarakan tentang ceramah yang beliau sampaikan.

“Walaupun pendakwah telah diberikan tauliah kebenaran bagi menyampaikan dakwah, tetapi Jais tetap adakan pemantauan bagi memastikan isi kandungannya tidak melanggar enakmen yang ditetapkan.

“Pihak JAIS turut menjalankan pemantauan terhadap Khalid dan telah beberapa kali menerima aduan dari orang ramai tentang dakwah yang disampaikan, oleh itu Jais perlu menarik balik tauliah yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, beberapa pihak mempertikaikan tindakan Khalid membaca Khutbah Jumaat tanpa tauliah di Masjid Al-Huda, Seksyen 19, Shah Alam baru-baru ini. Ekoran dari peristiwa itu, penduduk membantah tindakan JAIS yang menarik semula pentauliahan sementara yang telah diberikan kepada Khalid.

Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009