AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, November 17, 2009

DUN Selangor: Usul tubuh s'jaya siasat kematian Teoh


Satu usul mendesak kerajaan pusat menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock dibentangkan di sidang DUN Selangor hari ini.

Usul tersebut dibentangkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dalam sidang hari ini.

Katanya, sebelum ini, kabinet bersetuju menubuhkan suruhanjaya diraja tetapi terbatas kepada menilai kaedah soal siasat SPRM dan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Kabinet juga memutuskan satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Inkues tersebut sedang berjalan di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.

Ng berkata, ia berpandukan garis panduan inkues yang dikeluarkan oleh Hakim Besar Malaya, Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2007.

"Ini jelas menyatakan mahkamah koroner hanya berhak mencari kebenaran tetapi tiada kuasa mencari siapakah pembunuh serta tiada hak mendakwa sesiapa.

"Oleh itu peranan mahkamah koroner hanya sama dengan satu pendengaran awam yang terbuka sahaja," katanya lagi.

Ng juga turut mendesak ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan sekiranya sebab kematian Teoh tidak ditemui.

"Pihak SPRM mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock.

"Jangan cuba berdolak-dalik dan lepas tangan kononnya kematian tersebut tiada kena mengena dengan SPRM," tambahnya.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009