AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, November 26, 2009

Denggi: 3 maut, jumlah kes membimbangkan


Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang penghapusan tempat pembiakan nyamuk turut menjadi penyumbang utama meningkatkan kes demam denggi yang meragut tiga nyawa dalam tempoh seminggu dari 15 hingga 21 November lalu.

Sejumlah 819 kes demam denggi sepanjang tempoh tersebut dengan dua kematian di Melaka dan seorang di Pulau Pinang, dengan tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes denggi iaitu Pulau Pinang (29 peratus), Sarawak (28 peratus), Johor (21 peratus), Negeri Sembilan (19 peratus), Wilayah Persekutuan (12 peratus), Perak (11 peratus) dan Selangor (tujuh peratus).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada 106 aktiviti gotong-royong yang disarankan sepanjang minggu di kawasan wabak, hanya 21 peratus sahaja berjaya dilaksanakan.

Sehingga 21 November, terdapat 13 lokaliti "kawasan panas" dilaporkan berbanding 12 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan tambahan lima lokaliti baru, manakala empat lokaliti dikenal pasti sebagai bebas daripada "kawasan panas" denggi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Ismail berkata, dalam tempoh tersebut juga, terdapat 13 lokaliti "kawasan panas" dilaporkan berbanding 12 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan tambahan lima lokaliti baru, manakala empat lokaliti dikenal pasti sebagai bebas daripada "kawasan panas" denggi.

Mengenai 819 kes demam denggi terbaru itu, beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 99 kes atau 17 peratus berbanding 20 kes minggu sebelumnya.

Demam denggi berdarah

Dr Mohd Ismail berkata, kes kematian pertama melibatkan seorang buruh berusia 32 tahun dari Kampung Orang Asli Lubuk Bandung, Jasin, Melaka yang mula mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Jasin pada 6 November kerana disyaki mengalami demam denggi berdarah.

"Pesakit tersebut telah dirujuk ke Hospital Melaka pada hari yang sama tetapi dilaporkan meninggal dunia di hospital itu sehari selepas dimasukkan akibat demam denggi berdarah," katanya.

Kes kedua pula membabitkan seorang penjawat awam berusia 49 tahun, penghidap darah tinggi dari Kampung Lubuk Redan, Masjid Tanah, Melaka.

Beliau dilaporkan mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan pada 9 November selepas merasa tidak sihat dua hari sebelum itu.

Dr Mohd Ismail berkata pesakit tersebut telah diminta datang semula keesokan harinya untuk penilaian dan hasilnya beliau didapati menunjukkan tanda-tanda demam denggi berdarah yang kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka pada hari yang sama.

"Pesakit meninggal dunia pada 12 November kerana mengalami komplikasi Sindrom Kejutan Denggi," katanya.

Sementara itu, kes kematian di Pulau Pinang pula membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 10 tahun dari Halaman Gelugor.

Faktor cuaca

Pelajar tersebut dilaporkan mengalami demam dan muntah-muntah pada 11 November tetapi hanya mendapatkan rawatan dalam keadaan tenat di sebuah hospital swasta tiga hari kemudiannya.

Dr Mohd Ismail berkata pesakit itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 15 Nov. Bagaimanapun, keadaannya tidak berubah dan meninggal dunia pada 20 Nov akibat komplikasi Sindrom Kejutan Denggi.

Dr Mohd Ismail berkata kementerian memandang serius peningkatan kes tersebut dan meminta orang ramai memastikan persekitaran rumah dan tempat kerja bersih daripada segala faktor yang memungkinkan kewujudan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang membawa virus demam denggi.

"Kementerian tidak menolak faktor cuaca iaitu musim hujan sebagai penyumbang kepada peningkatan tersebut tetapi faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah memastikan kawasan persekitaran bebas daripada tempat-tempat pembiakan Aedes," katanya.

Beliau berkata siasatan Jabatan Kesihatan juga mendapati ketiga-tiga kawasan yang mencatatkan kematian tersebut, indeks pembiakan Aedes adalah tinggi iaitu antara lima dan 30 peratus.

Mengenai penyakit Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 275 kes dilaporkan pada minggu ini iaitu menurun dua kes berbanding minggu sebelumnya dengan Sarawak menyumbang sebanyak 99 peratus daripada bilangan kes tersebut.

Jumlah terkumpul kes Chikungunya tahun ini ialah 4,742 kes iaitu meningkat 11 peratus berbanding 4,271 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, tiada kematian berkaitan penyakit Chikungunya dilaporkan sehingga kini, katanya.

Sumber: Bernama

1 comments:

armouris on November 30, 2009 at 9:42 PM said...

info tentang denggi kat sini - Hentikan Denggi Pada Puncanya

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009