AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, October 7, 2009

PAS yakin sokongan pengundi pos


PORT DICKSON, 7 Okt : Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan bahawa undi pos akan tetap menyebelahi PAS dalam pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang.

Menurutnya PAS telah membuat kajian dan berdasarkan kepada kajian tersebut, mereka yang terlibat dalam undi pos adalah sebanyak 4,600 dan sebahagian besar tidak berada di Port Dickson.

Katanya, ini menyukarkan proses undian pos dan adalah mustahil untuk melaksanakan kesemuanya memandangkan hari pengundian pos hanya berbaki dua hari.

"Adalah mustahil untuk undi pos itu dilakukan dalam masa tersebut dan ini juga akan membuktikan terdapat unsur penipuan yang dilakukan oleh Barisan Nasional," kata Idris kepada Harakahdaily ketika majlis ramah mesra presiden PAS dengan pesara tentera di sebuah hotel di sini.

"PAS kini berasa sungguh yakin bahawa anggota tentera ini akan memberi kemenangan kepada Pas," tambah beliau.

Undi Pos dilihat sebagai halangan untuk PAS memenangi Dun Bagan Pinang ini.

PAS melalui kempennya juga menggesa pihak tentera untuk terus mendapatkan maklumat yang terkini dari sumber internet dan juga ceramah yang dijalankan di luar kem mereka.

PAS kesal dengan peraturan melarang kempen di kem tentera dengan alasan bahawa kawasan kem adalah merupakan kawasan keselamatan, kerana pemimpin-pemimpin BN pula berkempen dalam kem, melalui kedudukan mereka sebagai menteri.

PAS juga akan terus mendesak SPR untuk membenarkan kempen dalam kem tentera di sini.

Ini kerana, ketika Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, tidak boleh berkempen di kem-kem tentera, beliau dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib terus menerus masuk ke kem tentera sepanjang tempoh kempen ini.

Najib sendiri mengumumkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera yang bertujuan memujuk hati angkatan tentera.

Malam tadi, Zahid bersama timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin pula ke kem tentera di Port Dickson atas nama majlis hari terbuka.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009