AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, September 17, 2009

R. Sivarasa Mula Misi Merombak Perlembagaan Majlis Peguam



Naib Presiden Keadilan R. Sivarasa memulakan misinya untuk merombak perlembagaan Majlis Peguam bagi membolehkan peguam memegang jawatan politik dan pada masa sama menerajui badan guaman itu.

Mahkamah Persekutuan mula mendengar permohonan Sivarasa untuk membatalkan keputusan Majlis Peguam melarangnya memegang jawatan dalam Majlis Peguam kerana beliau menjadi Naib Presiden Keadilan.

“Tetapi mengikut 46A, saya terpaksa meletak jawatan daripada Majlis Peguam, sebab itu saya mengambil keputusan untuk mencabar peruntukan ini dalam mahkamah untuk satu pengistiharan bahawa peruntukan ini bercanggah dengan hak saya di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Hak asasi saya adalah supaya saya boleh diteruskan di parti politik, saya boleh memegang sebagai pemimpin di parti politik dan dalam masa yang sama tidak ada halangan yang muhasabah yang boleh menghalang saya daripada menghalang saya daripada majlis peguam juga,” katanya.

Beliau turut mengatakan kesnya itu berkaitan dengan kesahihan Seksyen 46A dalam Akta Peguam.

Permohonan Sivarasa di dengar oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Richard Palanjong, Gopal Sri Ram dan Zulkifli Makinuddin.

“Saya perlu terangkan apakah maksud Seksyen 46A, kesan seksyen ini ialah untuk menghalang pemegang jawatan di parti politik untuk memegang pada masa yang sama satu jawatan di majlis peguam.

“Pada tahun 2001, saya telah jadi ahli majlis peguam untuk empat tahun oleh peguam-peguam untuk mewakili mereka. Saya dipilih oleh peguam-peguam salah satu daripada 36 anggota dalam badan itu,” katanya.

Sivarasa berkata peguam-peguam di seluruh dunia dibenarkan memegang jawatan dalam dalam badan professional dan pada masa sama aktif dalam parti-parti politik.

“Bagi saya di seluruh dunia, peguam-peguam dibenarkan mempimpin dalam badan-badan profesional dan pada masa yang sama melibatkan diri dalam politik, sebagai ahli parlimen, wakil rakyat atau pun jawatan dalam parti politik atau mana-mana politik.

“Tetapi di Malaysia malangnya, kita ada sekatan ini dalam akta peguam ini yang menghalang peguam-peguam dari terlibat. Jadi, inilah cabaran saya di mahkamah, hujahan dibuat oleh peguam saya, dia pakar dalam isu-isu perlembagaan dijawap oleh peguam kanan persekutuan dan hakim-hakim telah berkata mereka memerlukan masa untuk memutuskan, jadi kita sedang menunggu keputusan sekarang,” katanya.

Mahkamah Persekutuan belum menetapkan tarikh untuk memberikan keputusan bersabit permohonan Sivarasa.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009