AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, September 11, 2009

Manoharan Saman KPN dan Peguam Negara



Bekas Tahanan ISA M Manoharan memfailkan saman ganti rugi RM100 juta terhadap Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara dan Kerajaan Malaysia kerana menuduh beliau mempunyai kaitan dengan pengganas.

Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 10 pagi tadi yang menamakan ketiga-tiga pihak berkenaan sebagai defenden.

Manoharan berkata, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara telah bertindak kejam dengan memfitnahnya dan mengatakan beliau sebagai seorang pengganas yang terlibat dengan pergerakan pengganas Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE) di Seri Lanka.

“Itu adalah sesuatu fitnah yang kejam dibuat oleh Ketua polis Negara dan Peguam Negara secara bertubi-tubi untuk mengadakan satu kes terhadap saya agar ditahan di bawah ISA. Benar mereka menggunakan fitnah tersebut untuk menahan saya di bawah ISA selama 514 hari di Kemunting.

“Akan cuba percepatkan kes ini supaya didengar secepat mungkin dan mereka dikenakan bayar ganti rugi terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap saya,” katanya ketika dihubungi TVAntara.

Manoharan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13 Disember 2007 kerana dikatakan memainkan peranan aktif dalam pertubuhan Hindraf.

Beliau yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan berkata, sehingga ke hari ini pihak berkenaan gagal mengemukakan sebarang bukti penglibatannya dalam pergerakaan pengganas itu.

“Mereka sehingga hari ini tidak mengemukakan apa-apa bukti mengatakan saya pengganas LTTE. Mereka melemparkan fitnah tersebut membuta tuli sehingga saya teraniaya, keluarga diancam, perniagaan hancur dan semuanya hilang.

“Jika saya pengganas seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara bagaimana rakyat Negeri Selangor mengundi saya, jika itu benar mereka tidak akan mengundi. Ia jelas satu fitnah dan rakyat Selangor telah tahu tipu muslihat mereka,” katanya.

Menurutnya tuduhan berkenaan sengaja diada-adakan untuk menjaga kepentingan politik individu-individu tertentu khususnya di kalangan Umno supaya beliau berhenti memperjuangkan hak kaum India di negara ini.

Manoharan berkata, tindakan berkenaan jelas memperlihatkan golongan-golongan tertentu tidak senang dengan perjuangan secara terbukanya untuk kaum India.

“Saya sebenarnya memperjuangkan hak kaum India yang teraniaya dipinggirkan selama 52 tahun. Saya sebenarnya memperjuangakan hak kaum India secara terbuka dan mereka tidak suka. Mereka mengada-adakan fitnah saya pengganas agar saya ditahan secara berterusan dan tidak boleh meneruskan perjuangan mengatasi masalah yang dihadapi kaum India,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sehingga tahun hadapan.

“Saya tidak faham mengapa kontrak beliau mesti diteruskan. Adakah Perdana Mneteri takut kepada Musa Hassan sehingga konttak beliau diteruskan walaupun banyak kes-kes jenayah di Malaysia yang belum diselesaikan,” katanya.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009