Arkib Blog

Tuesday, September 15, 2009

Mahkamah Tetapkan 29 September Sebutan SPRM Cabar Pekeliling Kerajaan Negeri Selangor


SHAH ALAM, 15 September- Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah menetapkan 29 September untuk sebutan Peguam Negara (AG) mencabar pekeliling kerajaan Negeri Selangor, yang mengeluarkan arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh menyoal siasat pegawai kerajaan di Pejabat Kerajaan Negeri sahaja.

Peguam mewakili Kerajaan Negeri Selangor, Yusmadi Yusuf berkata, mahkamah telah menetapkan tarikh tersebut untuk sebutan dan mendapatkan salinan dokumen yang dimeterai untuk diserahkan kepada peguam Negara.

“Hari ini telah ditetapkan untuk sebutan diantara peguam Negara, kerajaan negeri Selangor dan setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, walaubagaimanapun satu permohonan balas daripada kerajaan negeri Selangor dan setiausaha kerajaan negeri mencabar dan untuk mengenepikan permohonan peguam Negara masih lagi tidak mendapat permohonan yang dimeterai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, Penolong pendaftar, Mohd Hafizi Abdul Halim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menerima dan menyemak salinan dokumen-dokumen perundangan yang dimeterai.

“ Mahkamah menetapkan tarikh selanjutnya, iaitu pada 29 September, untuk sebutan dan pihak kami mendapat salinan yang dimeterai untuk diserahkan kepada peguam Negara,

“Mahkamah menetapkan tarikh tersebut memandangkan peguam Negara perlu menjawab permohonan kami seperti yang telah diserahkan pada 4 september, tapi masih menunggu salinan yang dimeterai oleh pihak mahkamah,” katanya.

Pertikaian tercetus apabila kerajaan Selangor mengeluarkan pekeliling No 4, 2009 pada, 28 Julai, di mana telah menetapkan pegawai kerajaan hanya boleh disoal siasat oleh SPRM di pejabat kerajaan negeri semasa waktu pejabat, dalam kehadiran peguam-peguam.

Arahan itu telah dikeluarkan selepas kematian setiausaha politik, Exco Selangor, Teoh Beng Hock, semasa sesi penyiasatan SPRM dalam dakwaan salah guna wang peruntukan kerajaan negeri.

Yusmadi, yang juga ahli parlimen Balik Pulau, berkata, ini adalah satu “perkara serius” kerana penyiasatan-penyiasatan SPRM akan melibatkan bukan sahaja wakil-wakil yang dipilih tetapi juga pegawai-pegawai syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pegawai-pegawai perbandaran dan pegawai kerajaan lain.

“”It is the responsibility of the menteri besar to take care of the safety and welfare of all state government officers, especially in light of the Teoh Beng Hock case,”

Terdahulu, Abdul Gani, mencabar pekeliling, dengan memfailkan satu saman pemula di sini, pada 20 Ogos dalam satu percubaan untuk membatalkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud.

AG, dalam afidavitnya, membantah pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sebagai terbatal dan tak sah kerana ia melanggar Seksyen 30(1)(satu) dan Seksyen 30(3)(satu) Akta SPRM 2009.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam afidavit jawapannya, berkata arahan itu telah dikeluarkan adalah dengan niat membantu penyiasatan SPRM.

Kerajaan Negeri Selangor mendakwa Peguam Negara tidak mempunyai hak di sisi undang-undang atau locus standi untuk memulakan prosiding bagi membatalkan pekeliling tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor telah menfailkan satu permohonan untuk gagal saman pemula AG pada 4 September lalu.

Sumber: TVSELANGOR

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009