Arkib Blog

Monday, September 14, 2009

Khalid: Tolak Provokasi, Mantapkan Perpaduan



Menteri Besar Khalid Ibrahim menyeru rakyat Selangor untuk tidak terpengaruh dengan provokasi segelintir pihak yang menghasut kepada perpecahan dan pergeseran antara kaum.

Nilai hormati-menghormati serta pemahaman bahawa pelbagai masalah dapat diselesaikan melalui dialog matang perlu ditanam dalam minda anak-anak demi masa depan Selangor.

“Harapan ini saya serukan kepada golongan belia antara kaum supaya bersikap hormat-menghormati terhadap agama dan budaya berbilang kaum lantaran anda semua bakal menerajui masyarakat negeri dan negara ini," katanya.

Justeru itu, anda semua perlu mempamerkan sikap muhibah dan kewajipan sebagai warga negara yang tahan diuji. Janganlah kita bertindak melulu misalnya sebagaimana yang berlaku, segolongan belia Melayu sanggup menghina pengganut agama Hindu dengan berarak terjerit-jerit dan memijak kepala lembu sedangkan kita tahu lembu merupakan lambang suci bagi pengganut agama Hindu," katanya.

Khalid berkata mana-mana pihak yang menghasut kepada perseteruan agama dan konflik kaum adalah agen huru-hara yang bukan sahaja menjejaskan ikatan masyarakat, bahkan mencemar kemuliaan agama anutan masing-masing.

"Padahal sikap dan tanggungjawab ini jika dibiarkan berleluasa boleh menimbulkan pertumpahan darah antara kaum di bumi Malaysia yang tercinta ini. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha mengeratkan hubungan antara kaum dan menyemai semangat bertolak ansur dan hormat-menghormati terhadap berbagai kaum berbilang agama dan bangsa bagi orang Melayu ini adalah yang dikatakan Islam sebenarnya.

“Dengan larangan Allah SWT yang melarang umat Islam supaya tidak menghina berhala atau sembahan orang bukan Islam dan dengan hubungan ini apatah lagi yang hendak dibuktikan oleh pemimpin Umno dalam usaha untuk mengamalkan Islam yang sebenar," katanya.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009