AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, September 15, 2009

Isu KBP: 17 Rumah Diroboh



Operasi meroboh baki 17 buah rumah di Kampung Buah Pala pada awalnya menyaksikan keengganan penduduk kampong untuk keluar dari rumah masing-masing dengan alasan barang
keperluan mereka masih belum dikeluarkan.

Keadaan berkenaan memaksa Pengerusi Eksekutif Nusmestro (P) Sdn Bhd, Gary Ho mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung selama 10 minit.

Hasil perbincangan berkenaan pemaju memberi masa sejam kepada penduduk kampong untuk mengeluarkan barang keperluan mereka dan tepat jam 11 pagi operasi meroboh dijalankan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Azam Abdul Hamid berkata, pihak mahkamah dan pemaju Nusmestro (P) Sdn Bhd, telah bersetuju bahawa semalam merupakan hari terakhir untuk merobohkan baki 17 buah rumah.

”Sehingga jam 10 tadi pihak mahkamah dan juga pemaju telah memberi syarat terakhir iaitu ada pihak telah bersetuju untuk menempatkan mereka-mereka di Kampung Buah Pala ini di rumah SPNB sekiranya mereka sanggup keluar.

”Tetapi apabila dimaklumkan mereka meminta satu jam untuk berunding mereka masih enggan dengan memberikan alasan-alasan barang belum dikemas dan sebagainya,” katanya.

Operasi yang berjalan lancar semalam dicemari kekecohan apabila seorang penduduk mengugut untuk membunuh diri dengan menuang minyak gaselin di badannya namun sempat diselamatkan adiknya.

Operasi meroboh yang dilakukan 1 September lepas dicemari kekecohan apabila 14 orang ditahan termasuk 3 wanita dan Peguam Kampung Buah Pala Dharshan Singh.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009