AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, September 1, 2009

Gedung Kartun ingin jumpa Hisham

Pemimpin majalah humor kontroversi Gedung Kartun, yang banyak memperli perdana menteri dalam karikaturnya, ingin bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendapatkan penjelasan berhubung status permit penerbitannya.

"(Oleh) kerana permit penerbitan diluluskan menteri, saya akan menulis surat untuk bertemu sendiri dengan menteri dalam negeri untuk mendapatkan penjelasan, apakah benar beliau tidak pernah pada, atau sebelum 14 Ogos, meluluskan permit dengan nombor PP8541/ 08/ 2010 (0282145) untuk majalah Gedung Kartun?" kata ketua editornya Zulkiflee Anwar Ulhaque.

NONEMenafikan majalah satira politik itu diterbitkan menggunakan nombor permit penerbitan palsu, Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata telah mematuhi semua syarat ketika memohon permit 30 Jun lalu.

Awal minggu lalu Malaysiakini melaporkan, pejabat majalah itu diserbu Kementerian Dalam Negeri (KDN) - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, pula digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."

Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009