AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, August 7, 2009

Tiga kakitangan MPSJ Disah Positif H1N1

SUBANG JAYA, 6 Ogos - Tiga kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya disahkan positif influenza A (H1N1), manakala 42 lagi dikuarantin di rumah bagi menggelakkan penularan wabak selsema babi itu.

Tiga yang disahkan positif wabak tersebut ialah kakitangan di Jabatan Undang-undang, di mana salah seorang daripadanya dipercayai pulang dari Sabah, dua minggu lalu.

Seorang daripada kakitangan terbabit yang disahkan positif virus ini, dimasukkan ke hospital Sungai Buloh, hari ini.

“Dari lima orang tadi yang periksa untuk H1N1 dari pejabat undang-undang di MPSJ telah dapatkan result yang positif, 3 orang telah dapat result positif. So kalau kita ikut garis panduan sekarang yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kita akan hantar semua 42 orang yang kerja didalam pejabat tu balik kerumah, self kuarantin dirumahlah, bermakna kena duduk dirumah dengan keluarga juga untuk tujuh hari”,katanya.

Demikian kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dalam sidang medianya di pejabat MPSJ, petang tadi.

Bagaimanapun Dr Xavier berkata, pihak MPSJ tidak akan menutup mana-mana jabatan dan akan meneruskan operasi mereka seperti biasa.

“Kita sekatkan H1N1 di dalam tapi kita tak boleh tutup keseluruhan MPSJ, sebab dia ada banyak kutipan dan mereka yang buat aduan dan sebagainya”,katanya.

Justeru Dr Xavier berkata, langkah pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mencegah penularan wabak tersebut.

“So saya haraplah dan saya ingat Jabatan Kesihatan MPSJ akan adakan pegawai-pegawai didepan pintu-pintu masuk terutama dua –dua bangunan untuk check adakah orang-orang yang masuk,ada fever dan sebagainya, kita akan hantar balik”,katanya.

Pengarah Undang-undang MPSJ, Anita Abdul Jalil berkata, kesemua mereka yang terlibat telah menjalani pemeriksaan dan seorang kakitangannya di masukkan ke Hospital Sungai Buluh.

Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009