AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, August 7, 2009

Statistik KDN Menunjukkan Peratusan Pemansuhan ISA



Kementerian Dalam Negeri mengadakan tinjauan atas talian menyukat pandangan orang-ramai terhadpa Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pemerhatian TV Antara mendapati 93 peratus peserta, bersamaan 869 orang dari 930 orang mahu ISA dimansuhkan.

Rata-ratanya berkata pemansuhan ini perlu kerana akta penjajah itu adalah akta zalim kuku besi.

Apa yang mengejutkan TV Antara adalah hujah pihak yang menyokong ISA bahawa Amerika Syarikat dan United Kingdom merujuk kepada ISA dalam merumuskan akta pencegahan keganasan. Peserta bagaimanapun berpendapat ini tidak bererti Malaysia perlu bertolak-ansur dengan kezaliman akta itu.

97% peratus mengatakan mereka sedar akan fakta itu bagaimanapun ia tidak memberi apa-apa makna kepada mereka.

Berikut dipaparkan hasil tinjauan www.ikdn.gov.my itu. Ia dinaikkan pada 9 malam semalam dan dijangka berterusan selama seminggu.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009