AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, August 14, 2009

SPRM Teruskan Intimidasi: Seorang lagi Pembantu Khas Exco Cedera


Seorang pembantu khas Ronnie Liu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini di atas tuduhan penyalahgunaan peruntukan exco Selangor.

Liu, menyatakan beliau terkejut dengan penahanan tersebut dan mendakwa SPRM pada awalnya telah memberitahu beliau pembantunya, Wong Chuan How, hanya untuk disoalsiasat sebagai saksi dan bukan suspek.

Pegawai SPRM itu dijadualkan menyoal Wong di pusat perkhidmatan Sungai Pelek pagi ini tetapi pembantu khas itu telah diberitahu bahawa beliau seorang suspek dan oleh itu perlu mengikut mereka ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

"Pertama SPRM kata mereka hanya mahu menyoalsiasatnya sebagai saksi, sekarang dia kata beliau seorang suspek dan mahu menannya dan menyoalnya di Putrajaya. Ini salah," katanya.

Wong kemudian enggan untuk pergi bersama pegawai SPRM, sebaliknya berkata ingin membuat laporan polis, menyatakan percubaan untuk menahannya adalah tidak sah. Ini menyebabkan berlaku pergelutan diantaranya dengan pegawai SPRM.

"Bila saya mengetahuinya, saya menghubungi pegawai atasan SPRM dan bertanya jika mereka boleh menjamin keselamatan peribadi Wong, " kata Liu.

"Bila mereka tidak melakukannya (memberi jaminan), saya memberitahu Wong supaya membuat laporan polis sebelum pergi bersama mereka.

"Kerajaan negeri Selangor tidak akan mengambil risiko lagi jika berkaitan dengan keselamatan kakitangan, berdasarkan kes Teoh," katanya.

Setiausaha politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai lalu di bangunan Plaza Masalam, tempat yang menempatkan pejabat SPRM, sehari selepas dibawa ke pejabat itu untuk disoal siasat. Inkues kini sedang dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

Liu berkata, pegawai SPRM sepatutnya menjalankan soal siasat di pusat perkhidmatan Sungai Pelek.

"Undang-undang tidak mensyaratkan di mana SPRM perlu menjalankan soal siasat mereka, jadi tidak perlu bagi mereka untuk membawanya ke pejabat mereka," kata Liu yang mendakwa pergelutan pagi tadi berlaku disebabkan Wong keluar dari pejabat untuk membuat laporan di balai polis.

Liu berkata, berlaku tolak menolak yang menyebabkan Wong terjatuh.

"Beliau tidak boleh berjalan buat masa ini dan seluruh kaki kanannya bengkak," katanya.

Liu berkata, beliau telah meminta pegawai SPRM membenarkan Wong ditahan di hospital untuk dirawat.

"Bagaimanapun pegawai atasan SPRM tidak bersetuju dan berkata, mereka akan membenarkan Wong menerima rawatan pesakit luar dan soal siasat akan diteruskan," katanya.

Wong telah membuat laporan polis terhadap SPRM kerana mengasarinya.

Penangkapan tersebut, kata Liu, tidak lain dari sebahagian dari agenda oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melemahkan Pakatan Rakyat Selangor melalui gangguan secara kasar yang bersistematik.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009