AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, August 13, 2009

Presiden MCA seret Tiong ke balai isu terima RM10 juta

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri
Tiong King Sing.

NONEOng ingin menyamannya jika Tiong tidak menarik balik tuduhan bahawa beliau memberikan RM10 juta untuk aktiviti parti itu tahun lepas.

Menteri Pengangkutan itu menafikan bahawa beliau menerima wang itu.

"Peguam saya telah diarahkan untuk memfailkan satu injunksi menghalang Tiong daripada membuat tuduhan fitnah lagi," kata beliau pada persidangan akhbar di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya satu laporan telah difailkan di balai polis Cheras hari ini mengenai kenyataan fitnah itu yang disiarkan oleh portal Malaysiakini semalam.

Peguam beliau akan menghantar surat kepada Tiong untuk memintanya menarik balik tuduhan itu dalam masa tujuh hari atau menghadapi tindakan undang-undang, tegasnya.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009