Tidak cukup dengan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam pada perhimpunan aman anti ISA 1 Ogos lalu, polis sekali lagi menyalahguna kuasa dalam cubaan mengekang hak demokrasi rakyat untuk bersuara. Terbaru, Dewan Pemuda PAS mendedahkan tindakan polis enggan menyerahkan semula kad pengenalan sebilangan besar peserta perarakan itu yang ditangkap walaupun mereka dibebaskan kemudiannya. Sebaliknya polis mengarahkan mereka membuat laporan kononnya kad pengenalan berkenaan hilang. Tidak ada alasan diberikan mengapa polis bertindak sedemikian, walaupun ia jelas melanggar undang-undang, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi. “Kami mendapat maklumat bahawa tahanan pada 1 Ogos berkenaan sebahagian besar daripada mereka, walaupun telah dibebaskan tetapi kad pengenalan mereka tidak diberikan semula oleh polis kepada mereka yang dibebaskan. “Malah polis menasihati mereka supaya membuat laporan kad pengenalan berkenaan hilang. Pada hal Polis tidak meyerahkan kad pengenalan kepada mereka. Kita minta polis segera berbuat demikian tanpa mengenakan apa-apa syarat,” kata Azman. Pemuda PAS Pusat sendiri mengesan sekurang-kurangnya tujuh orang dari Johor yang yang ditahan polis semasa himpunan berkenaan belum mendapatkan kembali kad pengenalan setelah dibebaskan. Menurutnya, Pemuda PAS juga kesal dengan tindakan ganas polis terhadap orang awam pada 1 Ogos ternyata tidak profesional malah mengakibatkan peniaga mengalami kerugian besar. Pada 1 Ogos lalu polis menahan secara rawak 589 orang termasuk ahli politik, wanita dan kanak-kanak yang dikatakan meyertai perhimpunan berkenaan. Ribuan rakyat disembur dengan air bercampur kimia dan ditembak dengan gas pemedih mata kerana mendesak pemansuhan undang-undang zalim ISA. Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang menyebarkan surat palsu kononnya peniaga-peniaga di sekitar Masjid India boleh membuat tuntutan pampasan akibat perhimpunan itu kepada PAS. “Surat ini kononnya ditandatangani oleh Nasaruddin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Ini palsu kerana beliau bukan timbalan sebaliknya Ketua Pemuda," katanya. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Saturday, August 8, 2009
Pemuda PAS: Polis Enggan Serah Kad Pengenalan Peserta Anti-ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment