Kuala Dimensi Sdn Bhd, kontraktor siapguna projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), akan disoal siasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) esok.
Tidak diketahui sama ada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Datuk Seri Tiong King Sing, yang juga ahli Parlimen Bintulu dan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong BN akan hadir.
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata syarikat itu telah diberi notis untuk menghantar seorang wakil.
"Kalau Datuk Seri Tiong King Sing yang datang, lagi bagus," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Ditanya jika Kuala Dimensi diminta memberikan banyak penjelasan, Azmi berkata: "Itu saya tak boleh cakap."
PKFZ, sebuah zon bersepadu komersial dan perindustrian bebas seluas 400 hektar yang bersebelahan dengan Pelabuhan Klang, terbabit dalam kontroversi setelah mendapati kos pembangunannya meningkat daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.
Selain siasatan PAC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat isu PKFZ itu.
Lembaga Pelabuhan KLang (PKA) baru-baru ini membuat laporan polis apabila pasukan petugas khas mendapati bil yang tidak munasabah antara RM500 juta dan RM1 bilion dibayar kepada Kuala Dimensi dan BTA Architects, kontraktor pembangunan projek tersebut.
Kuala Dimensi merupakan perkara utama yang dikumpulkan oleh PriceWaterhouseCoopers yang dilantik oleh PKA untuk menyiasat kemelut itu.
Syarikat itu menghadapi tindakan balas undang-undang terhadap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, PKA dan Pengerusi PKA Datuk Lee Hwa Beng, yang mendakwa ketiga-tiga defendan itu telah melangkaui bidang kuasanya dengan menyiarkan laporan berkenaan.
Semalam Ong juga menyaman Tiong sebanyak RM500 juta setelah Ketua Pegawai Eksekutif itu enggan menarik balik dakwaan bahawa presiden MCA itu diberikan RM10 juta untuk aktiviti parti tersebut tahun lepas.
Ong menafikan menerima wang itu dengan menyatakan bahawa dakwaan tersebut dibuat dengan niat jahat dan bagi menghalang siasatan yang adil dan betul terhadap PKFZ dan peranan Kuala Dimensi dalam skandal berkenaan.
Sumber: BERNAMA.

0 comments:
Post a Comment