Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata beliau mahu Selangor dikembalikan dibawah pemerintahan Umno-BN. Menggambarkan negeri Darul Ehsan itu sebagai nadi Malaysia, Najib berkata BN mempunyai peluang yang besar untuk memenangi negeri itu dengan langkah dan strategi yang betul. Najib berkata Umno dan komponen BN harus turun mensasarkan akar umbi dan memastikan apa yang dijanjikan Umno dan BN disampaikan kepada pengundi, supaya mereka mengundi gagasan pemerintah itu dalam pilihanraya akan datang. Najib berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Kuala Selangor hari ini. Najib mengingatkan kaji-selidik sokongan kepada gagasan itu juga harus disukat secara telus supaya Umno-BN dapat merumuskan strategi berkesan di kawasan-kawasan 'putih', 'kelabu' dan 'hitam'. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Sunday, August 9, 2009
Najib Mahu Selangor Kembali BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment