AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, August 23, 2009

Mahfuz: Fitnah Dan Pembohongan Amalan Umno-BN



Tindakan stesen swasta menyiarkan semula visual sebenar membuktikan Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah mengatakan ‘Umno ini Islam kacukan, Islam Palestin’ membuktikan tindakan pembohongan Umno- BN.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, fitnah dan pembohongan menjadi amalan Umno-BN sehingga ia menjadi satu ketagihan.

“Ia telah menjadi makanan harian, ini merupakan dadah yang menjadi ketagihan Umno kalau tidak fitnah dan manipulasi, tidak berbohong mereka tidak boleh buat seperti mana penagih dadah yang tidak dapat bekalan dadah.

“Jadi mereka perlukan bekalan fitnah dan bekalan pembohongan yang saya sifatkan seperti morfin, syabu dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu Penasihat Undang-Undang Pas Mohamad Hanifa Maidin berkata, pihaknya akan menyaman beberapa media cetak berbahasa Melayu dan stesen televisyen berhubung laporan yang menfitnah menteri besar berkenaan.

Hanifa berkata, beliau telah mengumpulkan beberapa dokumen berkaitan dan notis saman akan diberikan kepada media yang berkaitan dalam tempoh terdekat.

“Saya percaya ia lebih kepada akhbar berbahasa Melayu dan ia amat dikesali," Hanifa berkata.

“Saya harap akhbar-akhbar ini dengan pendedahan di TV3 tentang rakaman sebenar apa yang dikatakan Tok Guru sepatutnya sudah menjadi satu keterangan yang terbukti untuk mereka menghentikan fitnah-fitnah serang peribadi,” katanya lagi.

Beliau kesal dengan tindakan stesen televisyen berkenaan yang hanya menyiarkan rakaman sebenar ucapan Nik Aziz setelah didesak dan enggan memohon maaf.

Semalam TV3 menyiarkan rakaman sebanar berkenaan yang menjelaskan Nik Aziz menyatakan Islam yang dibawa Umno adalah Islam kacukan, Islam plastik. Bukanya seperti apa yang dimainkan media berkenaan iaitu Islam Palestin.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009