Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju siap guna Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKPZ), merayu kepada orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri tentang isu PKFZ.
Katanya, ini kerana syarikat itu tidak diberikan peluang untuk menyangkal dakwaan atau mempertahankan diri terhadap hasil penyiasatan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat aspek perundangan dan kewangan projek itu.
Timbalan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Faizal Abdullah, berkata dalam tempoh dua bulan ini apabila pasukan petugas itu diberikan tugas tersebut, Kuala Dimensi tidak pernah sekali pun dipanggil untuk menyangkal atau mempertahankan diri terhadap sebarang hasil penyiasatan oleh pasukan petugas itu.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, laporan dan hasil siasatan itu dibuat oleh sebelah pihak, lapor Bernama.
Beliau yang menafikan kemungkinan berlakunya penipuan, kecuaian, salah laku dan penyelewengan seperti yang dikenal pasti berkata, dakwaan itu tidak adil bagi pihak mereka tanpa mengambil kira reputasi baik Kuala Dimensi yang telah dibina selama ini.
"Sekali lagi kami menjadi mangsa apabila realitinya LPK (Lembaga Pelabuhan Kelang) gagal membentuk satu lagi Pasukan Tugas Khas untuk secara khususnya meneliti pelbagai cara bagi membantu memasarkan Zon Bebas Pelabuhan Klang," katanya.
Beliau berkata sekiranya PKFZ mencatatkan prestasi baik hari ini, wang yang diperuntukkan bagi membangunkannya tidak akan menjadi isu dan perbelanjaan itu akan disokong.
Kenyataannya itu muncul ditengah-tengah laporan bahawa LPK akan membuat laporan polis hari ini terhadap Kuala Dimensi di atas dakwaan penyelewengan sehingga RM1 bilion.
Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng berkata laporan itu dibuat susulan pengeluaran laporan pasukan tugas khas hari ini yang mengenal pasti dakwaan selisih antara RM500 juta dan RM1 bilion.
Lee dipetik sebagai berkata lembaga akan bermesyuarat sekali lagi minggu depan bagi menangani butir-butir terperinci laporan itu dan memutuskan tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan tindakan terhadap dakwaan salah urus PKFZ oleh bekas-bekas pengarah LPK.
Sumber: Malaysiakini

0 comments:
Post a Comment