AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, August 10, 2009

Jangan mengundi jika dijangkiti H1N1

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menyeru pemilih yang dijangkiti virus selesema A (H1N1) supaya mematuhi nasihat doktor dengan tidak keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

"Kita akan katakan, mereka yang menghidap penyakit H1N1 janganlah datang (mengundi) juga. Dia hendaklah mengasingkan dirinya mengikut nasihat doktor," nasihat Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

NONE"Jangan dia datang juga dengan semangat tinggi sangat hendak mengundi, sedangkan (arahan kuarantin) ini nasihat doktor.

"Dia kena mengasingkan dirinya, duduk di rumah atau tempat tertentu, (di) hospital dan sebagainya."

Pegawai dan kakitangan suruhanjaya itu merancang untuk memakai topeng, mungkin sarung tangan, ketika mengendalikan pilihanraya kecil kerusi itu bagi mengelak wabak berkenaan yang semakin meruncing – enam lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlahnya 32 orang.

"Di peringkat SPR, kita merasakan, petugas kita yang banyak berinteraksi dengan pemilih, kita minta mereka pakai topeng muka," kata Abdul Aziz.

"Itu hendak elak, tetapi kadang-kadang, pakai topeng (muka) pun kena juga. Ini hendak elak saja. Mungkin kena waktu bersalam.

"Saya tidak tahulah kali ini macam mana, hendak pakai sarung tangan ke? Kita hendak minta jabatan kesihatan beri nasihat."

Abdul Aziz diminta mengulas cara membendung wabak itu dalam sidang media ketika mengumumkan tarikh pilihanraya kecil kerusi negeri itu di pejabatnya di Putrajaya pagi tadi.

Penamaan calon kerusi bawah parlimen Permatang Pauh itu dijadualkan 17 Ogos ini. Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, wakil rakyat tunggal PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Ditanya sama ada tarikh pengundian boleh dipinda sekiranya penularan wabak itu semakin serius, Abdul Aziz berkata:

"Kita akan lihat betapa seriusnya (penularannya). Setakat ini, tidak ada perkara (cadangan) itu."

Sementara itu, Abdul Aziz sekali lagi menasihati parti politik bertanding supaya mematuhi undang-undang dengan tidak mendirikan pondok panas dan merayu undi pada hari pengundian.

NONE"Cuma dalam pilihanraya yang lepas di Penanti dan Manek Urai, SPR ada beri kelonggaran sedikit kerana wakil parti yang berjumpa dengan saya berjanji tidak akan ada lagi merayu dan meraih (undi).

"Tidak akan ada (merayu undi) dibuat di situ semasa hari pengundian. Tetapi saya agak kecewa, di Penanti OK, tetapi di Manek Urai, dilanggarnya habis-habisan," katanya.

Berhubung faktor kesihatan calon, Abdul Aziz berkata, tiada undang-undang tertentu yang mewajibkan mereka yang ingin bertanding mengadakan pemeriksaan perubatan.

"Dari segi lumrah, kalau kita hendak minta kerja sekalipun, di mana-mana, mesti dibuat pemeriksaan untuk mengetahui apa penyakitnya pada masa berkenaan.

"Tetapi bukan maknanya, bila buat pemeriksaan perubatan, dia sihat walafiat, dia tidak mati.

"Itu saya hendak tekankan. Ini adalah ikhtiar. Tetapi kalau laporan perubatan (dapati) macam-macam penyakit, (tetapi) dia pilih juga. Terpulang kepada yang berkenaan. Undang-undang kita tidak ada," katanya.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009