AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, August 13, 2009

Era Najib Altantuya : Kerja Meroboh Kg Buah Pala Bermula Hari Ini (updated)

Sumber: Skuad DUN Batu Caves

J
entolak telah pun masuk ke Kg Buah Pala bagi tujuan merobohkan rumah penduduk dan suasana tegang mula tercetus apabila jentera berat mula digerakkan untuk merobohkan rumah penduduk di sini, pagi ini.

Tinjauan juga mendapati anggota polis juga dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Pemaju Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dilaporkan akan tetap akan merobohkan rumah penduduk hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Thomas Chan, berkata sebanyak empat jentolak sudah bersiap sedia memasuki kawasan.

Pada masa ini seramai 40 angota polis bersiap sedia mengawal keadaan dan bailif mahkamah yang membawa notis mengatakan kerja meroboh boleh diteruskan.

Seramai 200 penduduk mengunakan kereta dan rantaian manusia menutup jalan masuk ke rumah mereka.

Wakil mahkamah memberi tempoh sehingga jam 12.15 tengah hari ini kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk mengosongkan kediaman mereka sebelum operasi merobohkan rumah dijalankan.

Perobohan ini dipercayai dilakukan untuk menjatuhkan imej kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang kononnya dikatakan gagal untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala. Ia adalah untuk memberikan impak negatif kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos ini.







0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009