![]() |
Kejayaan Pakatan Rakyat yang dilihat kerap mengadakan perbincangan di kalangan pimpinannya dalam menghadapi sesuatu isu ternyata menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan BN. Semakin banyak cara digunakan BN untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, semakin erat dan utuh kerjasama antara parti dalam Pakatan sehingga gagasan politik baru itu berjaya menangkis setiap strategi dilakukan pemerintah. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau hairan dengan sikap BN yang sering cuba menimbulkan isu di atas pendekatan Pakatan Rakyat yang menggunakan rundingan dan perbincangan. Berucap dalam majlis Buka Puasa dan Sumbangan Kepada Fakir, Miskin dan Anak Yatim di Pengkalan Tambang, Anwar berkata BN juga cuba menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat apabila pemimpin Pakatan Rakyat saling sokong menyokong dalam setiap aktiviti termasuk aktiviti berbentuk keagamaan yang dilakukan walapaun mempunyai pegangan agama yang berbeza. “Saya dulu lama dalam BN, kalau majlis sebegini selalunya pimpinan bukan Isalm tidak akan hadir tetapi kita berbeza pendapat. Sebab hal orang Islam, orang bukan Islam perlu tahu dan kita ambil tahu hal mereka,” katanya. Majlis ini yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah, Pengarah Strategi PKR Saifuddin Nasution, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberpa pimpinan Pakatan Rakyat menyakiskan seramai 193 orang menerima sumbangan berkenaan. “Ingat pilihanraya Ogos lalu, mereka cerita dari hujung rambut sampai hujung kaki, sekarang mereka sudah bertaubat agaknya. Jangan cerca bukan pada bulan Ramadhan sahaja, pada bulan-bulan lain pun tidak boleh juga,” katnaya. Sehubungan itu beliau mengingatkan supaya jentera pilihanraya diperkuatkan dan mengharapkan masyarakat di Permatang Pasir memilih pemimpin yang bersikap terbuka dalam menghadapi sebarang masalah. Sementara itu, Saifuddin dalam ucapannya mengingatkan masyarakat supaya tidak memilih pemerintah yang zalim sebaliknya memilih kerajaan yang bersikap adil dalam sesuatu perkara sekiranya mahukan negara yang sejahtera. Katanya, kerajaan yang zalim bererti mereka mengganggap harta rakyat seperti harta mereka dan harta yang mereka ada tidak dikongsi bersama rakyat. “Orang miskin dibantu dengan mengambil cukai dari orang kaya, jika orang kaya terus dikayakanitu zalim namanya. Yang adil adalah orang kaya ada hak dan tanggungjawab untuk orang miskin,” katanya. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Saturday, August 22, 2009
BN Kurang Senang Pendekatan Rundingan Dalam Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






















0 comments:
Post a Comment