AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, August 13, 2009

Beng Hock Mungkin Diseret - Polis



Baru-baru ini, media perdana melaporkan tiada kesan pergelutan ketara dikesan pada tubuh Setiausaha Politik Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di bawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hari ini di jawatankuasa siasatan, atau inkues, pakar forensik polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah diseret sebelum ditemui mati.

Ketua Inspektor Mazli Jusoh berkata sedemikian selepas ditunjuhkkan kesan cakaran pada kasut bahagian kanan milik mendiang.

Mazli dalam kandang saksi disoal oleh peguam mewakili Kerajaan Selangor Malik Imtiaz Sarwar.

"Kamu setuju atau tidak kesan cakaran ini mempunyai implikasi yang penting?" soal Malik.

Mazli menjawab ya.

"Mungkinkah kesan ini bermaksud mendiang telah diseret?" soal Malik lagi.

Mazli menjawab tidak dan menambah sekiranya seseorang itu diseret, kesan-kesannya tidak akan ditemui pada tapak kasut. Sebaliknya sekiranya seseorang itu diseret dari bahagian belakang, maka yang diseret itu akan menggunakan tumit kasut untuk melawan seretan itu.

"Bagaimana pula jika mangsa di seret dari tepi? Ada kemungkinan kesan ini akan berlaku?"

Mazli mengakui ya.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009