AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, August 15, 2009

Anti-ISA: Pelajar ditahan akan dibuang jika...

Semua 29 murid dan pelajar, yang ditahan dalam perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur awal bulan ini akan digantung sekolah jika didapati menyertai lagi aktiviti seumpama itu pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata selain amaran keras itu, mereka juga diberikan kaunseling oleh pihak sekolah masing-masing, lapor Bernama.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati ada di kalangan mereka diperalat golongan pembangkang untuk menyertai perhimpunan itu dengan bas disediakan untuk membawa mereka ke tempat perhimpunan selain diberikan wang.

"Kita tidak mahu mereka dipengaruhi unsur-unsur negatif kerana ada di kalangan mereka yang disoal siasat memberitahu mereka diupah.

"Budak-budak memanglah seronok apabila dapat upah," beliau dipetik berkata selepas merasmikan mesyuarat tahunan ke-54 Persatuan Sejarah Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Lebih kurang 20,000 penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) termasuk pemimpin pembangkang menyertai demonstrasi terbesar bagi mendesak akta kontroversi itu dimansuhkan.

Seramai 589 ditahan di beberapa lokasi tengah bandar Kuala Lumpur sejak pagi hingga petang 1 Ogos lalu, menjelang dan selepas demonstrasi itu - penentangan terbesar secara terbuka dalam sejarah 49 tahun pelaksanaan ISA.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009