KUALA LUMPUR, 2 Julai - Dewan Pemuda Pas menyelar gelagat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya seolah-olah melaga-laga pucuk pimpinan PAS berhubung tawaran Dewan tersebut untuk menganjurkan wacana ilmiah berhubung isu "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan dengan Islam.". Setiausaha Pemuda Pas Kamaruzaman Mohamad menganggap reaksi Khairy mengulas tawaran tersebut tidak kena dengan jemputan (Pemuda PAS) serta lari dari topik sebenarnya. Kamaruzaman menambah beliau (Khairy) mengulas perakara itu dengan menggambarkan seolah-olah ada kerjasama antara PAS dan Umno. "Itu political swing (dolak-dalik politik) dialah. Kita faham. Kita lihat rakyat juga faham (maksud sebenar kita)," tambah beliau lagi. Khairy, semalam dalam reaksinya menyambut baik pelawaan Pemuda Pas dan melihatnya sebagai perkembangan besar yang selama ini sukar dijayakan kerana kononnya sering "diganggu parti lain dalam pakatan pembangkang". Beliau dilaporkan menyifatkan tindakan dewan itu sebagai langkah berani dan menepati pandangan pergerakan tersebut yang mahu melihat terjalinnya kerjasama antara PAS dan Umno. Semalam, kedua-dua sayap itu bersetuju menganjurkan program tersebut melaluii penubuhan satu jawatankuasa yang akan menyelaraskan masa, tarikh, tempat serta format yang bakal ditetapkan kemudian. Penganjuran program itu diumumkan oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen. Dalam pada itu, , Kamaruzaman juga berkata soal kesesuaian masa menjayakan program tersebut tidak menjadi masalah kerana cadangan itu selari dengan cabaran debat mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Najib Razak Beliau juga menyifatkannya sebagai selari dengan hasrat Nik Aziz sambil menekankan bahawa isunya adalah samada UMNO bersedia menerima tawaran itu. Kamaruzaman , bagaimanapun menafikan desas desus yang menyimpulkan Pemuda Pas mendapat tekanan daripada kepimpinan parti sehingga mengeluarkan kenyataan susulan berhubung wacana ilmiahnya dalam tempoh enam jam selepas ia diumumkan. "Tidak ada setakat ini..Media ini biasalah. Kita kata A, akan jadi A tambah B tambah C. Akhirnya B dengan C lebih banyak daripada A. Kita perjelaskan perkara itu bahawa media salah lapor (tentang wacana ilmiah)."," katanya, yang juga ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Sumber: TV Antara |
Arkib Blog
Thursday, July 2, 2009
Wacana Ilmiah: Pemuda Pas selar Khairy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment