AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, July 2, 2009

Ujian air liur pelancong yang ada simptom selesema

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Pelancong asing dan tempatan yang tiba dari luar negara perlu menjalankan ujian air liur jika pemeriksaan saringan di pintu masuk negara menunjukkan mereka mempunyai simptom Influenza A(H1N1).

Demikian kata Menteri Kesihatan Dato' Seri Liow Tiong Lai semalam yang dipetik daripada agensi berita.

Sebaik sahaja ujian air liur menunjukkan tanda positif, Jabatan Kesihatan akan menghubungi mereka dan kontak mereka untuk dikuarantin dan rawatan, katanya pada sidang media bersama dengan Menteri Pelancongan Dato' Seri Dr Ng Yen Yen.

Terdahulu itu, Liow mengadakan perbincangan dengan agensi pelancongan, pengusaha hotel dan wakil syarikat penerbangan mengenai wabak tersebut.

Beliau juga berkata pelancong yang menunjukkan simptom A(H1N1) semasa pemeriksaan saringan akan ditahan di pintu masuk negara selama enam jam sehingga laporan saringan itu siap sebelum dibenarkan keluar.

Bagi pelancong tempatan pula yang mempunyai simptom sama, mereka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan Jabatan Kesihatan akan menghantar laporan saringan kepada mereka apabila disiapkan. - azm _

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009