Tanggal 30 Jun 2009, Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengumumkan bahawa kerajaan akan hapuskan 30 peratus kouta wajib bumiputera apabila pelabur hendak melabur untuk tawaran awal permulaan (IPO). Kononnya dasar inilah pelabur asing tidak datang ke negara ini.
Apa yang berlaku Umno lemah bukan faktor Abdullah, tetapi faktor Umno dan orang yang memimpin Umno itu sendiri.
Ada faktor lain kenapa pelabur tidak mahu datang ke negara ini. Pihak kerajaan kena suluh ke dalam dahulu kenapa pelabur tidak datang ke negara ini. Mana-mana pelabur dia hendak melabur, dia akan buat kajian dulu apakah pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. Mungkin kerana mereka tidak mahu melabur kerana suasana politik tidak stabil, teruatamanya pencabulan undang-undang seperti di Perak.
Kita kena ingat pelabur apabila mereka hendak melabur ke sebuah negara ia akan perhati undang-undang yang berjalan di sebuah negeri tersebut.
Apabila mereka melihat bagaimana perlembagaan Perak dicabul, maka apa pula jaminan pelaburan mereka akan selamat dan perjanjian yang dibuat terpakai. Lebih-lebih lagi yang mengepalainya pencabulan ini ialah Perdana Menterinya sekarang.
Video klip VK Linggam satu bukti lagi, mereka ketahui bagaimana hakim-hakim yang boleh diatur dan boleh dibeli. Apakah mereka sanggup datang ke negera ini dalam keadaan undang-undang yang dicabul dan tidak terjamin keadilannya.
Masalah rasuah sampai sekarang tidak dapat diatasi. Indeks rasuah semakin teruk, walaupun BPR sudah ditukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Masih berlaku ialah ikan bilis yang tangkap, ikan jerung masih terlepas. Mereka yang ditangkap ialah pegawai kerajaan jerung politik terlepas.
Tragedi dalam Umno adalah paparan sebenar indeks rasuah yang tidak selesai sampai hari ini. Macam mana Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah kerana rasuah boleh bertanding.
Manakala Mohd Ali Rustam yang bersalah tidak boleh bertanding dan dilantik pula menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Melaka. Inilah yang pelik tapi benar.
Sebenarnya pelabur tidak datang kerana pemimpin Umno-BN yang memerintah terkenal di luar negara sebagai naga besar. - lanh/mks. _
0 comments:
Post a Comment