AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, July 5, 2009

Sultan Selangor Mahu MAIS Teliti Cadangan Pindaan Akta

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membincangkan dengan teliti dan bersikap terbuka mengenai cadangan pindaan tiga akta berkaitan hal-ehwal Islam yang ditangguhkan Majlis Raja-Raja, minggu lalu.

Tiga akta itu ialah Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Setiausaha MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan berkata, baginda mahu MAIS dan pihak berkaitan meneliti cadangan pindaan itu dan menerimanya jika ia baik untuk orang Islam dan adil bagi semua.

"Baginda menasihatkan MAIS supaya bersikap terbuka sekiranya cadangan itu baik untuk orang Islam dan baik untuk semua rakyat, dan hendaklah diterima asalkan tidak bertentangan dengan Hukum Syarak dan selagi tidak mengurangkan kuasa Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri serta pelaksanaannya menjamin keadilan semua," katanya

Menurut Datuk Khusrin, nasihat itu disampaikan Sultan Selangor ketika beliau menghadap baginda, 25 Jun lalu.

Hadir sama dalam pertemuan dengan baginda ialah Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datin Paduka Zauyah T Loth Khan.

Baginda turut menitahkan Pengerusi MAIS memanggil satu mesyuarat untuk membincangkan perkara ini dan pihak Jabatan Peguam Negara agar hadir memberi pandangan.

Katanya, segala maklum balas MAIS akan dipersembah kepada Sultan Selangor untuk dibawa semula ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Datuk Khusrin berkata, MAIS menghargai tindakan bijak Majlis Raja-Raja yang memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri diperolehi terlebih dahulu, berhubung isu berkenaan.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009