Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat sama ada wujud perjanjian royalti minyak antara Petronas dengan Kelantan.
"Kita nak tahu daripada kerajaan pusat, ada atau tidak perjanjian (royalti minyak) dengan Kelantan?
"Yang itu dulu. Kalau ada, kita kena terus terang dengan rakyat, terutama sekali masa pilihanraya ini.
"Baru kita boleh kira (berapa nilainya). Tetapi kalau kita nak bantu rakyat, saya rasa boleh RM200 juta, RM300 juta tu boleh. Nak kata tidak ada ni, (menggambarkan) mudah sangat jadi perdana menteri," katanya.
Zaid mengulas mengenai isu royalti minyak Kelantan dalam ceramah membantu Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Ini juga merupakan kali pertama Zaid berceramah sebagai pemimpin pembangkang, selepas menyertai PKR baru-baru ini. Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.
Kerajaan Kelantan dilaporkan menuntut RM1 bilion daripada kerajaan pusat sebagai bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004 yang didakwa bernilai RM2.5 bilion setahun.
Setelah diluluskan dalam mesyuarat exco negeri Kelantan pada 17 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menulis surat rasmi kepada perdana menteri berhubung perkara itu.
Berkhidmat untuk rakyat
Zaid berceramah malam tadi di kubu kuat Umno - Kampung Lela Setia, Laloh. Kira-kira 50 orang hadir mendengar ceramah Zaid. Sebelum itu, PAS menggunakan pendekatan unik menarik penonton, dengan memainkan lagu "dikir barat PAS" sebelum ceramah itu bermula.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan calon parti Islam itu, Mohd Fauzi Abdullah, turut hadir.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, sebagai perdana menteri, Najib perlu memberi penjelasan terhadap perkara yang menjadi buah mulut rakyat, termasuk isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu.
Tampil bekerja keras untuk Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai "Abe Uji", Zaid berkata, Manek Urai memerlukan calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat, dan tidak semestinya berpendidikan tinggi.
"Kita bukan pilih pemimpin yang mengaji tinggi. Zaman Nabi pun tidak ada universiti satu pun. Yang penting pengalaman lebih. Kalau ada ijazah pun tapi putar-belit tak payah (pilih)," katanya menggunakan slaga Kelantan.
Abe Uji, sebagai pemborong ikan seikar Kuala Krai, yang tidak mempunyai latar belakang berpendidikan tinggi, sering menjadi modal serangan BN.
Berbeza dengan Mohd Fauzi, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Lembaga Lemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).
Zaid berkata, Mohd Fauzi merupakan jirannya semasa menuntut di Bachok semasa kecil dan sama-sama "orang susah" pada masa itu.
Sementara itu, Salahuddin pula berjanji akan berjuang bersama ahli parlimen lain dalam Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat bagi mengurangkan beban rakyat melalui pemotongan insurans kereta dan motosikal.
"Najib kata rakyat diutamakan, 1Malaysia, insurans motosikal harga RM200... insya-Allah kami ahli parlimen Pakatan Rakyat akan menyerang habis-habisan dalam sidang bajet bulan sepuluh ini. Kami akan perjuangkan supaya kerajaan kaji balik insuran kereta dan motosikal pada rakyat.
Sumber: MalaysiaKini

0 comments:
Post a Comment