Buat pertama kali dalam statistik penularan wabak influenza A (H1N1), kes tempatan mengatasi kes import - masing-masing 34 dan 28 kes - menjadikan jumlah keseluruhannya 772 kes.
Dengan pertambahan 62 kes baru itu, 237 kes melibatkan penularan tempatan dan 535 kes lagi import.
"Tiada kematian dilaporkan. Daripada 34 kes jangkitan tempatan, 24 menerima rawatan pesakit luar, sementara 10 lagi telah dimasukkan ke wad," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Daripada jumlah keseluruhan pesakit influenza A (H1N1) yang disahkan, sejumlah 685 atau 89 peratus telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.
"Baki pesakit yang sedang dirawat berjumlah 87 orang, termasuk
mereka yang menerima rawatan pesakit luar," katanya lagi.
Dalam kenyataan hariannya, Kementerian Kesihatan juga ingin memaklum bahawa terdapat satu kumpulan kes influenza dikesan di kalangan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka pada Sabtu lepas.
"Seramai 60 pelajar dengan gejala influenza telah diletakkan bawah pengasingan di kolej berkenaan.
"Ujian makmal telah dijalankan secara rawak pada 11 Julai melibatkan 5 pelajar. Hasilnya, 4 pelajar disahkan positif jangkitan influenza A(H1N1)," tambahnya.
"Sehingga kini, dua orang pelajar telah dimasukkan ke Hospital Melaka, manakala tiga pelajar lagi diletakkan di bawah pemantauan di rumah masing-masing, iaitu dua di Selangor dan satu (1) di Kuala Lumpur.
"Semua dalam keadaan stabil."
Kerjasama antara pengurusan tertinggi UiTM dan Jabatan Kesihatan Melaka telah diadakan bagi membincangkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan wabak tersebut, kata Dr Mohd Ismail.
Langkah-langkah itu termasuk aktiviti saringan ke atas pelajar lain yang terdedah serta proses pembasmian kuman (dekontaminasi) ke atas semua blok penginapan dan pengasingan, dewan kuliah dan bangunan-bangunan lain yang digunakan pelajar.
Sumber: Malaysiakini

0 comments:
Post a Comment