AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, July 22, 2009

Polis ambil keterangan Ean, Manoharan di SUK

SHAH ALAM, 22 Julai (Hrkh) - Pihak polis mengambil keterangan dari Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.

Ini kerana Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa sebarang siasatan terhadap pegawai negeri perlu dilakukan di pejabat masing-masing dan tidak perlu untuk ke balai polis.

Oleh itu, polis telah mengambil keterangan kedua-dua individu ini di pejabat Ean Yong Hian Wah di aras 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), disini petang semalam.

Keterangan tersebut diambil oleh Asisten Supritendan Amirul Abdullah dari IPD Shah Alam berhubungan dengan kes kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teo Beng Hock, ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yong dan Manoharan merupakan individu terakhir yang dikehendaki oleh polis untuk memberi keterangan berhubung dengan kematian mendiang sebelum Teo disoal siasat SPRM.

Adun Kota Alam Shah itu yang ditemani isterinya, S. Pushpaneela kelihatan tiba di pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram itu pada jam 3.15 petang.

Menurut Yong ketika ditemui pemberita berkata, ASP Amirul telah menghubungi beliau pada jam 9.30 pagi untuk membuat pertemuan di pejabatnya di SUK dan berjanji akan datang pada pukul 3.05 petang.

Namun ASP tersebut tiba di pejabat exco tersebut 35 minit kemudian dengan berpakaian lengkap seorang pegawai polis. - azm_

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009