AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, July 9, 2009

PKR: Keputusan mengenai PPSMI mengecewakan

PKR menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam sebagai "kurang daripada yang diharapkan dan mengecewakan".

"Ia melengah-lengahkan apa yang patut disegerakan. Sepatutnya PPSMI dari mulanya tidak dilaksanakan sama sekali.

"Sebaliknya selepas berbelanja lebih dari RM4 bilion untuk melaksanakannya dan setelah didesak oleh pelbagai pihak, barulah kini kabinet putuskan untuk memberhentikannya," kata Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali.

Katanya, biro politik PKR bermesyuarat petang semalam untuk membincangkan keputusan kabinet memansuhkan PPSMI mulai 2012 yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran.

"Yang mengecewakan ialah kabinet memutuskan penamatan dasar ini, akan berkuatkuasa pada 2012 dan bukannya serta-merta mulai tahun depan. Kenapa mesti ditangguh selama tiga tahun, tidak diterangkan oleh menteri pelajaran," katanya.

Seterusnya, kata beliau, murid yang sekarang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan dipaksa terus mengikuti dasar tersebut sehingga tamat persekolahan mereka.

"Ini tidak akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan ramai anggota masyarakat, terutama yang memperjuangkan kedaulatan Bahasa Malaysia," katanya.

PPMSI, kata Syed Husin dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang kajian dan perundingan ramai.

"Kenapakah apabila hendak ditamatkan, perlu dilengah-lengahkan? Kami menggesa supaya kabinet bersikap ikhlas dan mengkaji semula keputusannya," kata beliau.

Murid-murid, katanya, perlu cekap dalam bahasa Inggeris dan sebaik-baiknya, ini dilakukan dengan mengajar bahasa dan sastera Inggeris sebagai mata pelajaran.

"Kerajaan berdadang hendak mengambil guru bahasa Inggeris dari luar. Kita mesti pastikan meraka terlatih dan berdedikasi.

"Beberapa tahun lalu, ada percubaan mengimport guru Inggeris, akan tetapi akhirnya gagal," tambahnya.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009