AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, July 19, 2009

Perhimpunan Desak Suruhanjaya Diraja Di Luluskan Segera Untuk Siasat Kes Teoh.



Kerajaan Negeri akan membenarkan mana-mana stadium di Selangor digunakan sebagai tempat perjumpaan bersama rakyat dalam acara jelajah menuntut keadilan di atas kematian Teoh Beng Hock.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibtrahim berkata, acara jelajah Malaysia ini akan dijayakan bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

“Saya difahamkan oleh saudara Anwar, Lim Kit Siang dan Hadi Awang akan jelajah satu Malaysia membawa obor menuntut keadilan, kita akan sokong dan Kerajaan Negeri akan benarkan mana-mana stadium di Selangor digunakan untuk perjumpaan bersama rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Sri Khalid menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa Teoh.

“MACC tidak boleh bertindak bisu tidak tahu, rakyat Malaysia tidak mahu jawapan tersebut, jawapan tersebut perlu dijawab oleh Suruhanjaya DiRaja, tidak ada lain yang kita hendak dari itu,” katanya.

Tan Sri Khalid berucap pada Perhimpunan Memperingati Kematian Teoh Beng Hock di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang tadi.

Lebih 3,000 penduduk hadir dan memberi sokongan terhadap usaha menuntut keadilan terhadap kejadian yang menimpa Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Khamis lalu, Teoh ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam selepas disoal siasat pegawai PSRM selama hampir 10 jam.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kabinet mesti meluluskan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini dengan teliti dan mengeluarkan kenyataan kepada umum secepat mungkin.

Menurutnya, kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana Teoh hanya dipanggil memberi keterangan.

“Dia pemuda sihat ada idealisme dan mahu menyambung pembangunan negara. Beliau menghadiri siasatan kepada SPRM tapi keluar sebagai mayat, Bagaimana jadi begitu?

“Kematian beliau penuh dengan misteri menyebabkan rakyat mahu mengetahui apa yang berlaku,
“Dia (Teoh) jadi saksi, bukan suspek. Bukan begini caranya (menyiasat). Dan mereka harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh. Kerana Teoh berada di bawah penjagaan SPRM.

“Kita berasa marah dan sedih. Sebab kita manusia,” kata Kit Siang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pula berkata, Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor telah membuat keputusan yang sama iaitu tidak membenarkan MACC melakukan siasatan terhadap pegawai dan kakitangan di luar kawasan pejabat kerajaan negeri.

Katanya, orang ramai semakin hilang kepercayaan terhadap agensi penguatkuasa kerajaan persekutuan yang didapati bukan melindungi rakyat tetapi untuk kepentingan Barisan Nasional.

“Kita tidak boleh lagi percayakan Polis, MACC dan agensi kerajaan kerana mereka kini lebih melindungi Barisan Nasional bukan melindungi rakyat Malaysia.”

“Tidak kira apa bangsa , kita berganding bahu untuk mempertahankan hak mereka. Kita dirikan Malaysia untuk rakyat yang menegakkan budaya demokrasi,” katanya.

Orang ramai yang hadir di Perhimpunan ini, turut melahirkan rasa marah terhadap laporan-laporan akhbar milik Barisan nasional yang didakwa berat sebelah dalam melaporkan kes kematian Beng Hock.

Mereka bertindak membakar akhbar yang juga dikatakan memberi laporan menganggap PKR cuba melemahkan institusi yang didominasi oleh orang Melayu seperti SPRM semasa pemimpin pakatan rakyat sedang menyampaikan ucapan.

Pelbagai kain rentang dengan slogan ‘Keadilan Untuk Beng Hock’, Jawapan Untuk Rakyat’ juga dipaparkan orang ramai di sekitar stadium ini.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009