KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh) - Pengundi di Dun Manik Urai disifatkan masih mahu dan terus memilih pemerintahan Islam setelah memberi kemenangan kepada Calon PAS, Fauzi Abdullah walau dengan majoriti 65 undi.
Keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN yang diwakili Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi
PAS kata Kamarudin tetap menang walaupun dalam keadaan Umno/BN menggunakan seluruh jentera termasuk media dan agensi kerajaan berkempen di sana.
Segala taburan janji pembangunan dan politik ugut yang dibawa Umno/BN tidak termakan oleh pengundi di Manik Urai, ujarnya.
Bagaimanapun, ujar Kamarudin sesuatu perlu dilakukan berikutan kemenangan tipis tersebut.
Sementara itu, beberapa pembaca setia Harakah yang menghubungi Harakah hari ini meminta PAS membuat bedah siasat atas kemenangan tipis itu.
Zaharudin Hashim yang membuat panggilan dari Johor menyatakan, PAS perlu memikirkan strategi yang lebih mantap dan memberi penerangan yang luas kepada pengundi berhubung dasar dan pendekatan PAS.
Bagaimanapun kata Zaharudin, kemenangan tipis ini juga penting sebagai satu 'signal' yang diberi rakyat agar PAS tidak merasakan sentiasa selesa dengan kemenangan besar sebelum ini./wann _
0 comments:
Post a Comment