![]() |
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang membuktikan kesungguhan dalam membantu penduduk Kampung Buah Pala menyelesaikan masalah ciptaan kerajaan negeri terdahulu yang ditabdir Barisan Nasional. Rasional, kesabaran dan mempertimbangkan kewajaran satu-satu tindakan adalah perlu bagi meleraikan masalah bersabitan perjanjian yang telah dimeterai dan kontrak yang telah diluluskan. Sikap berhemah ditunjukkan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Setelah melihat permasalahan ini dari pelbagai sudut, beliau mengambil langkah berani dengan menggunakan kuasanya mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang membatalkan perintah pembangunan Kampung Buah Pala serta-merta. Pemaju, Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd, berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri. Namun Guan Eng bertegas meminta pihak pemaju hanya memajukan sebahagian dari tanah 'High Chapparal' manakala 6.5 ekar selebihnya diperuntukkan sebagai warisan penduduk Kampung Buah Pala. Keputusan keatas tanah yang telah dijual kerajaan terdahulu ini dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan selama satu setengah jam dengan penduduk kampung berkenaan pada 24 Julai lalu. “Semua penduduk Kampung Buah Pala dan Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan dua pendekatan. Nombor satu, Kerajaan negeri menggunakan kuasa saya sebagai Ketua Menteri mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang membatalkan perintah pembangunan kepada Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd dengan segera. Ini bermakna pemaju tetap boleh datang untuk merobohkan kampung tersebut pada 3 Ogos ini tetapi tidak dapat lagi membangunkan bangunan di tanah tersebut. “Nombor 2, kerajaan negeri akan mencari kemungkinan pihak pemaju meninggalkan sebahagian daripada tanah untuk membenarkan penduuduk terus tinggal di kawasan berkenaan,” katanya. Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang tidak menyenangi usaha kerajaan negeri berkenaan untuk membantu penduduk kampung. Terbaru, Guan Eng mengesyaki salah seorang penduduk kampung berkenaan mempunyai agenda peribadi setelah mendapati individu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan persetujuan yang telah dicapai sehari selepas menghadiri mesyuarat bersamanya Jumaat lalu. Lim Guan Eng kesal dengan tindakan individu terbabit memutar-belitkan fakta mesyuarat tersebut. Beliau bimbang agenda itu akan menjejaskan jalan penyelesaian yang telah dipersetujui. “Penduduk harus menunjukkan sikap tidak membenarkan seorang dua penduduk mengambil kesempatan terhadap minat penduduk yang menghadiri mesyuarat pada Rabu dan Jumaat lalu. Mereka telah bersetuju dengan keputusan yang dibuat tetapi apabila keluar mereka menceritakan fakta yang bercanggah. Seorang penduduk saya rasa, setakat ini kita telah mengenalpasti seorang penduduk yang muncul dengan agenda tersendiri kerana tidak menggambarkan keputusan yang telah dibuat. “Kami mahu semua penduduk bersama supaya mengenepikan semua kepentingan peribadi dan agenda tersendiri oleh mereka yang tidak mahu masalah yang dicipta Barisan Nasional ini diselesaikan,” katanya. Dalam tiba-tiba, MIC mencelah dan berkata pihaknya akan membeli tanah berkenaan dengan harga RM3.2juta untuk diberi semula kepada penduduk kampong. Campurtangan ini diumumkan oleh Presiden MIC S Samyvellu dan disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda T Mohan dalam satu memorandum kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik di bangunan Komtar. “Kami menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri dan memorandum berkenaan berhubung isu Kampung Buah Pala. Pada dasarnya, MIC akan membeli RM3.2juta dan kami tawarkan kepada kerajaan negeri kami akan membayar RM3.2 juta untuk membeli tanah berkenaan walaupun kerajaan negeri telah membayar RM2.2juta dan saya rasa terdapat peluang untuk membatalkan persetujuan berkenaan,” katanya. Pada sidang media berkenaan pemuda MIC cuba bertindak ganas menyerang seorang anggota polis. Anggota berkenaan bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dari gerombolan itu dan bersembunyi di dalam pejabat kerajaan negeri. Kerajaan negeri memutuskan untuk menolak tawaran MIC berkenaan setelah lebih 30 pemuda dalam delegasi itu turut bertindak menyerang dan mencederakan Pegawai Hal ehwal Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II, Satees Muniandy. “Pembantu saya Satees Muniandy telah diserang oleh 20 hingga 30 ahli MIC gangster,dia cuba untuk memukul Satees dan saya tidak tahu apa sebabnya. Ini membuktikan MIC sedia menggunakan keganasan untuk mencapai tujuan mereka. “Pagi ini perbincangan dengan Ketua Menteri kita akan menolak memorandum yang dihantar MIC tentang Kampung Buah Pala, kita tidak akan menerima apa-apa memorandum daripada MIC sebab mereka menggunakan keganasan,” katanya. Satees mendakwa beliau ditumbuk oleh Ketua Pemuda MIC Pahang G. Kumar Aman pada bahagian muka ketika beliau menanyakan soalan mengenai isu Maika Holdings. Katanya, serangan berkenaan berkemungkinan berpunca daripada sikap mereka yang tidak boleh menerima kritikannya mengenai MIC dan syarikat telah memperdaya masyarakat India seluruh negara. Bagi Pakatan Rakyat, kerjasama dan bantuan dari semua pihak isu Kampung Buah Pala ini adalah dialu-alukan, namun pengalaman Maika Holdings yang telah menyeleweng wang caruman masyarakat India mendesak kerajaan Pulau Pinang supaya lebih berhati-hati menyambut janji politik MIC. Sehubungan itu, Lim Guan Eng menyatakan kesediaan beliau berjumpa Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk membincangkan isu kampung berkenaan. Bagaimanapun, beliau memberi syarat bahawa pertemuan itu akan diadakan jika MIC memasukkan wang RM3.2 juta ke dalam akaun kerajaan negeri terlebih dahulu seperti yang dijanjikan. "Bagi wang dulu la, boleh jumpa la...tidak ada wang jumpa untuk apa kerana saya tidak mahu perkara ini digunakan untuk politik dalaman MIC. Saya terkejut bila ia dikelurakan dalam surat khabar menerusi seorang wartawan. "Bila saya menjawap panggilan telefon tiba-tida seseorang kata Samy Vellu hendak bercakap dengan saya dan terus menyerahkannya kepada Samy Vellu. Saya agak terkejut. Dalam perbualan berkenaan beliau bertanya mengenai Kampung Buah Pala dan beliau kelihatan seperti tidak tahu latar belakang dan status kampung berkenaan kerana beliau mengatakan mengapa saya tidak merayu di Mahkamah Rayuan. Jadi saya kata bagaimana hendak buat rayuan jika Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan. Beliau bertanya siapa yang mengendalikan kes berkenaan dan saya mengatakan Karpal Singh. Samy Vellu berkata beliau ingin berbincang dengan Karpal,"katanya. Sumber: tvantara.com |
![](http://1.bp.blogspot.com/_BzvyDlFEi0c/THZVR2rJ6QI/AAAAAAAABCY/97eBS2CJl3c/S1600-R/Azmi+dan+Sam.jpg)
Arkib Blog
Monday, July 27, 2009
Pakatan Tidak Mahu Kes Maika Berlaku Di Kampung Buah Pala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment