AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, July 29, 2009

Kos Projek Meningkat RM50 juta, Dua Kementerian Diminta Beri Penjelasan



Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu meminta Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor memberi penjelasan berhubung isu sebuah projek bernilai RM80juta meningkat kepada RM130 juta.

"Projek klinik ini dan kuaters untuk kakitangan klinik di Cheras. Projek ini merupakan projek JKR bernilai RM130 juta tetapi saya difahamkan kosnya jika tidak sengaja dinaikkan harga hanya bernilai RM80 juta tetapi projek ini diberikan dengan RM130 juta walapun kos berpatutan ikut industri RM80 juta.

"Kita mahu menteri buat siasatan mengenai perkara ini sama ada adakah ini benar. Mengapa projek ini kosnya ditambah begitu banyak, sangat merugikan rakyat kerana ia wang rakyat. Kita mahu menteri buat siasatan dan ambil tindakan," katanya pada sidang medianya.

Turut hadir Ketua Pengarah Kumpulan Wan Usaha Bina Sdn Bhd Abdul Mutalib Dzulkarnain yang mendakwa ditipu kontraktor yang dilantik JKR bagi menjalankan projek pembinaan berkenaan.

Beliau mendakwa syarikatnya dilantik pemaju Cheras Pinang Sdn Bhd sebagai sub kontraktor menggantikan Wira Syukur Sdn Bhd. Bagaimanapun setelah syarikatnya membayar RM2 juta secara tunai kepada Cheras Pinang, perlantikannya sebagai sub kontarktor dibatalkan.

"Pada 2 Julai arahan berkenaan tidak diterima tetapi pihak kami menerima satu surat daripada peguam Cheras Pinang Sdn Bhd berkenaan penamatan kontrak sebagai sub kontraktor kerana tidak menerima wang komitmen RM2juta seperti yang dinyatakan dalam surat perjanjian.

"Cheras Pinang Sdn Bhd telah melantik kembali Wira Syukur Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan yang mana sehingga kini sedang kembali menjalankan pembinaan.

"Pihak kami merasakan kedua-dua pihak berkenaan telah bersubahat untuk menipu wang daripada pihak kami dengan menawarkan projek berkenaan kepada syarikat kami," katanya.

Sehubungan itu, Liu mendesak kedua-dua menteri berkenaan menjalankan siasatan dan sekiranya berlaku penipuan seperti apa yang didakwa tindakan sewajarnya perlu dilakukan dengan segera.

Dalam perkembangan lain, Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu penjelasan polis berhubung dakwaan anggota polis mengarahkan dua individu menanggalkan seluar dan seluar dalam ketika menjalankan pemeriksaan terhadap mereka bersebelahan stesen Petronas di Taman Sentosa Klang.

Dalam kejadian itu seorang daripada individu mendakwa anggota polis turut mencuri wangnya berjumlah RM450.

"Tindakan berkenaan patut dikutuk dan saya harap pihak polis boleh memberi satu jawapan yang memuaskan dalam kes ini. Kerana laporan polis telah dibuat diharap satu penjelasan dan jawapan dari polis,"katanya.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009