Baru melepasi tempoh 100 hari pentadbirannya dalam kerajaan persekutuan, pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak semakin parah mengamalkan korupsi apabila menawarkan pembinaan jambatan bagi memenangi hati pengundi dalan PRK Manek Urai. Tawaran yang dibuat Timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan gantung Manek Urai bernilai sehingga RM10juta merupakan bukti jelas rasuah yang diberikan UMNO-BN kepada rakyat. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata, satu laporan Polis telah dibuat berhubung kejadian itu dan aduan juga telah dikemukakan kepada SPRM untuk menyiasat. "Kita tengok sejak Najib ambil alih, walaupun beberapa liberalisasi kewangan dibuat. Dari segi media, polis, ugutan, rasuah politik, jaminan pembayaran, lebih teruk dan parah dari dulu. Dalam keadaan itu kita masih bertahan," katanya. "Nasihat saya pada sahabat saya Muhyiddin, teruskan membina jambatan,"katanya. Mengulas mengenai jumalah majoriti undi yang merost, Anwar berakata, keadaan itu tidak menjejaskan PR sebaliknya menunjukkan kekuatan Pakatan walaupun diasak dengan jutaan ringgit yang dijanjikan UMNO. "Tidak, kemenangan dalam mana-mana pilihanraya, itu menang namanya. UMNO nak kata dia menang dalam kalah atau kalah dalam menang, tidak. Kalah, kalah dan menang, menang. PAs menang," katanya Katanya, parti komponen PR akan mengadakan pertemuan Jumaat ini untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan. Anwar berkata, BN yang mengatakan mereka mempunyai kemenangan moral dalam PRK Manek Urai tidak layak membicarakan mengenai perkara berkenaan. Menurutnya, walaupun memperkenalkan dasar liberalisasi namun, Najib tidak langsung menyentuh mengenai korupsi, ketelusan dan kebebsan sistem kehakiman. Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Anwar berkata, suruhanjaya berkenaan jelas berat sebelah. "MACC begitulah kalau dipihak pembangkang ada sedikit laporan atau tidak ada diserang begitu. Sistem, tidak berubah, bawah Najib pun malah lebih lagi penguatkuasa dan polis dan SPRM mengambil tindakan yang jelas berat sebelah dan tidak adil. "Kes berbilion ringgit PKFZ, belian senjata semua ditutup tidak siasat, kita bawa puluhan kes dalam parlimen tidak disiasat. Ini menunjukkan sikap keangkuhan kuasa. "Saya mengutuk sikap tidak profesional SPRM kendalikan siasatan mereka, menyusahkan pelbagai pihak," katanya. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Thursday, July 16, 2009
Korupsi Bawah Pentadbiran Najib Makin Parah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment