AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, July 2, 2009

Kejohanan Bola Sepak Piala Selangor Akan Diadakan 31 Julai

SHAH ALAM, 1 Julai - Selangor buat julung kalinya tahun ini akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Selangor yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, 31 Julai ini.

Kejohanan ini bakal menyaksikan aksi hebat daripada barisan pasukan bola sepak Selangor dan Kelab Persib Bandung Indonesia.

Inisiatif yang diilhamkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ini adalah peluang yang terbuka luas kepada pemain-pemain Selangor untuk mendedahkan mereka di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, perlawanan ini amat penting kerana ia memberi kesempatan kepada Selangor untuk maju ke hadapan dalam sukan bola sepak dan akan menjadikannya sebagai acara tahunan.

Di samping itu, ia juga merupakan sebagai satu cara untuk mengisi tabung Persatuan dan sekaligus mengeratkan hubungan dua Negara serumpun itu.

“Saya berharap kejohanan ini bukan sahaja ditontoni kedua-dua pihak malah dari seluruh masyarakat dan ia sebagai cara bagi mengukur kemampuan dan peningkatan permainan pasukan di peringkat antarabangsa,”katanya.

Beliau yakin semangat kesukanan di kalangan penyokong kedua-dua pasukan menerusi kejohanan ini akan merapatkan lagi hubungan antara Selangor dan Indonesia.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri berhasrat memperluaskan kejohanan Piala Selangor ini dengan membabitkan penyertaan beberapa pasukan ternama luar Negara seperti Real Madrid, Barcelona dan Liverpool pada masa akan datang.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor menjelaskan, Piala Selangor agak berbeza dengan Piala Sultan Selangor yang juga diadakan setiap tahun.

Menurutnya, Piala Sultan Selangor adalah cara berprestij yang mempunyai sejarah tersendiri mengenai sukan bola sepak antara Selangor dan Singapura.

Piala Sultan Selangor itu adalah tradisi yang digalakkan dan ia mempunyai sejarah tersendiri dan pada masa ini dengan adanya kejohanan-kejohanan seperti piala sultan Selangor dan piala Selangor usaha lebih menonjolkan sukan bola sepak kita yang lebih bermutu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Azuddin Ahmad berkata, inisiatif Menteri Besar ini adalah yang terbaik sebagai satu langkah untuk memartabatkan semula pasukan kelab bola sepak di negeri ini.

“Mereka mengambil tindakan yang tepat pada masanya yang mana kita lihat liga bola sepak kini sudah sampai ke penghujung, dengan adanya inisiatif ini menjadi satu suntikan baru kepada mereka, peminat dan juga mengumpul dana untuk Persatuan Bola Sepak Selangor,” katanya. -TV Selangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009