Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rombakan barisan anggota Exco kerajaan negeri hanya boleh diputuskan pada peringkat Majlis Tertinggi kepimpinan pakatan pembangkang di negeri itu.
Beliau berkata oleh kerana rombakan barisan anggota Exco merupakan perkara yang penting, ia perlu dibincangkan di antara pemimpin tertinggi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS terlebih dahulu.
“Itu masih lagi cadangan untuk rombakan exco biasanya dia perlu mendapat perbincangan majlis tertinggi Pakatan Rakyat.
“Buat masa ini saya anggap itu hanya sebagai satu syor sahaja, bukan perbincangan yang biasa dibawa kepada Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat. Buat masa ini perbincangan dibuat masih dalam dewan negeri”, jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas cadangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali supaya kerajaan negeri merombak barisan Exco bagi tujuan memperbaiki kelemahan pentadbiran kerajaan negeri sekarang.
Semalam, Abdul Khalid menyifatkan gesaan itu hanya pandangan peribadi ADUN berkenaan. -TVSELANGOR
0 comments:
Post a Comment