![]() |
Kerana bimbangkan keselamatan mereka, Urusetia Pembantu-Pembantu Khas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinangsepakat untuk tidak memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kerajaan menjamin keselamatan mereka. Kesemua pembantu khas exco Pulau Pinang berkata mereka takut kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock akan menimpa mereka juga, seraya mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian pembantu kepada Exco Kerajaan Selangor itu. Bahkan, mereka hanya akan membantu siasatan jika mereka disoalsiasat di premis Kerajaan Negeri. Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan supaya jawatan mereka sebagai pembantu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk digunakan.
Kesemua pembantu khas exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Pulau Pinang bagi menyerahkan memorendum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia berhubung kematian Teoh yang menjadi tanda tanya sehingga kini. Lebih 40 orang pembantu khas yang hadir melahirkan rasa kesal dan sedih mereka diatas kematian rakan sejawat mereka di negeri Selangor itu. Mereka juga mendesak kepada SPRM agar memberi penjelasan mengenai kematian Teoh. Mereka juga menyuarakan sekiranya SPRM gagal memberikan penjelasan yang telus dan benar serta menyelindung mana-mana pihak berkepentingan dan tidak membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan, semua pembantu khas kepada Adun dan Exco kerajaan negeri tidak akan sesekali memberikan kerjasama kepada SPRM. Sementara itu, Rezal Huzairi Md Zaki, Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggesa supaya Suruhanjaya Diraja segera dibentuk bagi membantu menyelesaikan kemelut kematian mengejut Teoh Beng Hock.
Teh Lai Heng, Pengerusi Persatuan Pembantu Khas Kerajaan Pulau Pinang juga turut melahirkan rasa sedih di atas kematian Teoh.
Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Tuesday, July 21, 2009
Hantar Memorandum Kepada SPRM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






















0 comments:
Post a Comment