Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan dijangkiti influenza A (H1N1).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata semua pelajar yang dikesan positif itu sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, lapor Bernama.
"Semua mereka berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal manakala, 200 lagi pelajar yang mengalami simptom selesema diarah menjalani kuarantin di asrama dan rumah," katanya pada satu persidangan akhbar hari ini.
Beliau berkata arahan penutupan serta-merta kampus itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pagi ini bagi mengelak penularan wabak berkenaan.
"Arahan penutupan selama seminggu itu wajar bagi mengelak 5,000 pelajar yang menuntut di UiTM berkenaan dijangkiti wabak H1N1," katanya.
Phee berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan prosedur operasi piawai (SOP) sudah diambil.
Tinjauan agensi berita itu di kampus UiTM cawangan Permatang Pauh tengah hari ini mendapati kebanyakan pelajar sudah mula meninggalkan asrama untuk pulang ke rumah masing-masing.
Kampus UiTM itu antara lima gugusan penularan wabak yang dikesan hari ini.
Dua gugusan melibatkan lapan kes di Kolej Winfield International, dan tujuh kes di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi - kedua-duanya di Kuala Lumpur.
Dua lagi gugusan melibatkan SMK Seremban 2, Negeri Sembilan dan SMK Kubong, Limbang, Sarawak.
Semuanya 38 kes di lima gugusan kejadian wabak itu termasuk dalam 44 kes terbaru yang disahkan hari ini.
Sementara itu, agensi berita itu juga melaporkan, seramai 55 penuntut UiTM Seri Iskandar, Johor dikuarantin sejak semalam selepas dikesan mempunyai tanda-tanda penyakit seakan-akan selesema (ILI).
Exco kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata mereka dikuarantin sebelum ini bagi mengelak daripada merebak kepada 12,000 penuntut lain dan kakitangan di kampus berkenaan.
"Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan kakitangannya melawat kampus itu pagi ini untuk membuat siasatan dan menentukan prosedur bagi mengelak ian merebak.
"Ia bukan Influenza A (H1N1)," beliau dipetik berkata hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dilaporkan berkata, pihaknya akan menghantar laporan mengenai kejadian itu kepada Kementerian Kesihatan untuk rekod.
Sumber: MalaysiaKini

0 comments:
Post a Comment