![]() |
DAP mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock dan bukan sekadar meneliti kaedah dan prosidur SPRM ketika menjalankan siasatan dan soal siasat. Sebelum ini Najib mengumumkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja tidak akan menyiasat punca kematian Teoh.Sebaliknya tugas itu diserahkan kepada satu jawatankuasa siasatan atau inkues yang dikendalikan seorang majistret. Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, desakan berkenaan dibuat bagi mencari punca kematian Beng Hock yang ingin diketahui semua pihak secara telus dan benar. "Semalam, saya mewakili keluarga Teoh menghantar surat tergempar kepada Najib melalui faksimili untuk menyampaikan permintaan keluarga berkenaan agar diadakan pertemuaan segera dengan Najib bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Teoh. Hasrat berkenaan tidak disampaikan dengan betul oleh Menteri MCA dan Gerakan kepada Kabinet, begitu juga dengan setiusaha politik Najib ketika melawat keluarga berkenaan. "Saya tidak mendapat sebarang jawapan daripada Najib bagi mengadakan pertemuan berkenaan pada masa beliau senang selepas pulang daripada luar negara. Mungkin beliau menerima faks saya," katanya. Pada sidang media ini Lim turut menyelar tindakan Peguam Negara Ghani Patail yang menyifatkan penubuhan suruhanjaya adalah sama dengan Inkues yang ditubuhkan. Katanya, tiada istilah pertindihan dalam menubuhkan suruhanjaya Diraja berkenaan kerana ia ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian Teoh. "Amat logik dan bertanggungjawab membahagikan sebab kematian Teoh kepada dua bahagian, satu siasatan oleh inkues dan lagi satu oleh Suruhanjaya Diraja yang akan menyiasat perkara penting samada Teoh yang telah mati telah dinafikan hak asasinya ketika disoalsiasat dan bagaimana dan kenapa dia mati," katanya. Beliau turut mengkritik kenyataan Ketua Polis yang mengklasifikasikan kematian Beng Hock sebagai kematian mengejut. "Bolehkah Polis atau Ketuanya mengjelaskan mengapa kematian Beng Hock diklasifikasikan sebagai kematian mengejut bawah Seksyen 329(1)(e) apabila ia lebih tepat diklasifikasikan di bawah seksyen 329(1)(d) iaitu mayat yang ditemui telah dijumpai, dan ianya tidak diketahui punca kematiannya," katanya. Sementera itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu menafikan laporan sebuah blog bahawa beliau dan Ean Yong telah menyelewengkan wang peruntukan kerajaan negeri untuk DUN Sungai Pelek. "Orang ini seolah-olah tidak tahu bagaimana kerajaan negeri beroperasi sebab dia masukkan peruntukkan yang telah dihabiskan pada bulan Januari dan Februari 2008, sebenarnya Pakatan Rakyat belum lagi mentadbir Selangor pada masa itu," katanya. Lim menyifatkan tindakan berkenaan sebagai langkah terdesak UMNO atau SPRM bagi mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap kes Teoh Beng Hock. Sumber: tvanatara.com |
![](http://1.bp.blogspot.com/_BzvyDlFEi0c/THZVR2rJ6QI/AAAAAAAABCY/97eBS2CJl3c/S1600-R/Azmi+dan+Sam.jpg)
Arkib Blog
Saturday, July 25, 2009
DAP Desak Najib Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Punca Kematian Beng Hock
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment