Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata langkah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya seolah-olah memberikan kuasa mutlak kepada Peguam Negara Gani Patil bertindak atas kepentingan peribadinya untuk campurtangan dalam kes liwatnya. Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk membatalkan tindakan Peguam Negara mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukan di Mahkamah Sesyen seperti lazimnya untuk pertuduhan seumpama itu. Dalam menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan mengambil pendirian Gani tidak perlu berpegang kepada arahan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi, untuk tidak campurtangan dalam kes itu. "Kita tidak boleh mempertikaikan sama sekali kewibawaan, keikhlasan dan bidang kuasa mutlak Gani Patail sebagai Peguam Negara. Niat dia apa pun kita tidak boleh pertikai. Susah kita hendak harapkan apa- apa keadilan sekarang." kata Anwar selepas mendengar keputusan Mahkamah Rayuan. Abdullah sebelum ini telah memberi jaminan Gani tidak akan campurtangan kerana Peguam Negara itu dikatakan terbabit dalam pemalsuan keterangan terhadap Anwar bersabit insiden mata lebam pada tahun 1998. Menurut akuan bersumpah peguam, Gani juga telah memaksa pihak tertentu memberi keterangan palsu pada perbicaraan Anwar ketika itu. Antara yang mengesahkan pembabitan Gani dalam memalsukan bukti ialah pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim selaku pegawai penyiasat kes mata lebam Anwar. Anwar berkata sukar untuk mempercayai Mahkamah boleh mengambil ketetapan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam memutuskan peri laku Peguam Negara. "Boleh saudara bayangkan, kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa perdana menteri tidak ada pengaruh langsung dalam apa- apa pendakwaan. Jaminan Tun Abdullah bahawa Tan Sri Gani Patail tidak akan terlibat dalam kes ini tidak boleh diterima oleh mahkamah. Samaada Tun Abdullah jahil atau tidak bercakap benar, itu saya tidak tahu." Kata Anwar. Pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditetapkan 8 Julai walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan pengadu Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwanya. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Friday, July 3, 2009
Anwar : Peguam Negara Diberi Lesen Bertindak Sesuka Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment