Genap 100 hari Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Banyak dasar-dasar baru yang diperkenalkan beliau kononnya bertujuan untuk memacu ekonomi negara. Malangnya, dasar berkenaan tenyata diceduk daripada idea asal dan hujah yang telah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat kepada kerajaan tanpa sebarang penelitian dan kajian yang terperinci. Dalam erti kata lain, Najib dengan bangga mengumumkan dasar yang dicuri daripada idea pemimpin Pakatan Rakyat namun mengimplimentasikannya dengan cara yang berbeza. Ahli Parlimen Selayang, William Liong berkata, tiada apa yang boleh dibanggakan sepanjang 100 hari tempoh pentadbiran Najib kerana beliau gagal mengemukakan pemikirannya yang tersendiri. "Beberapa pengumuman telah dibuat tetapi ia bukan idea baru. Ia adalah idea yang dimaklumkan oleh PR, kehendak rakyat untuk membuat perubahan. Apa yang diumumkan adalah apa yang PR kata kerana kita tidak boleh secara tiba-tiba membuat perubahan tanpa persedian. “Ya (dia ceduk dari PR). Kita tanya apa idea original yang dia ada?," katanya yang ditemuramah di Dewan Annex Bangunan SUK Selangor. Menurut beliau, cadangan yang diberikan PKR, Pas dan DAP sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu agar kerajaan meliberalisasikan ekonomi kini digunapakai Najib dengan menamakannya Dasar Liberalisasi Ekonomi. Kata William lagi tindakan tergesa-gesa Najib mewujudkan dasar tanpa persetujuan rakyat dan tanpa kajian terperinci terhadap perubahan corak ekonomi dunia yang telah berubah amat merbahaya kepada keutuhan ekonomi negara terutamanya para peniaga tempatan. “Hari ini kerajaan BN bawah pimpinan Najib hendak liberalisasi beberapa sektor antarnya sektor perkhidmatan. Sektor pekhidmata amat penting 55% GBP daripada sektor perkhidmatan dan 57 % pekerja di bawah sektor berkenaan. Kalau buka pintu dengan tiba-tiba, soalannya adakah syarikat-syarikat yang ada di bawah sektor ini sudah bersedia bersaing dengan multinasional?. "Pada hari ini kita belum sedia, maknanya polisi dan dasar yang dihujah oleh PR adalah berbeza dengan apa yang dicadangkn oleh Najib. Walaupun seperti sama tetapi implimentasinya tidak sama. PR kata nak tukar pada agenda ekonomi baru dimana akan beri bantuan pada yang memerlukan, tidak mansuhkan sekali gus tanpa ada bantuan. Apa yg kita ada hari ini, kita kata BN buka semua apa akan jadi?," katanya. "Pada hari ini ada krisis kewangan, untuk buka ia sangat bahaya. Pelabur asing akan datang dan bawa kapitaldan teknologi mereka dan peniaga tempatan kita tidak mampu untuk bersaing. Mereka akan bawa peguam mereka, akauntan dan agensi pengiklanan mereka. Akhirnya mereka akan datang, Najib kata ekonomi akan pulih tetapi mereka akan membawa pulang wang berkenaan. Keuntungan akan dihantar pulang ke negara mereka. Pemberi perkhidmatan tempatan, SMI kita dan pekerja kita dalam bahaya," katanya. William berkata masalah berkenaan timbul kerana ia merupakan dasar yang diambil dari Pakatan Rakyat tanpa memikirkan cara terbaik untuk diaplikasikan dan tanpa membina infrastruktur. Menurutnya lagi, BN memperakui implimentasi DEB telah gagal namun tindakan menggantikan dasar berkenaan tanpa program kukuh bukanlah langkah bijak sebaliknya merupakan satu kelemahan pentadbiran mereka. Kegagalan BN mewujudkan program kukuh untuk membantu rakyat dengan perlaksanaan Dasar Liberalisasi Ekonominya tidak akan meningkatkan taraf hidup masyarakat. "Hakikat DEB untuk basmi kemiskinan dan perkara ini BN akui, dasar implimentasi sudah gagal. PR bila hujah dasar ekonomi agenda baru kita kata mesti ada a firmative action program. Kerana mereka sendiri telah mengakui bahawa lepas 52 tahun Kaum Melayu masih yang termiskin. Kaum Cina, India Kadazan masih miskin. Kalau kita buka tanpa a firmative program bagaimana mereka dapat meningkatkan kehidupan mereka?. "Beberapa program mesti diadakan untuk bantu mereka dan saya mendapat apa yang diumumkan oleh PM tidak langsung ada estimete tidak ada 1 program yang cukup. Hanya ada Ekuinas tetapi ekuinas hanya 1 venture capital untuk menolong perniaga Bumiputera yang ada potensi. Tapi pekerja dimana program untuk tolong mereka? "Ini adalah kelemahan 1 dasar yg dipanggil needed reaction untuk memenangi semula populariti support. Umumkan 1 dasar dengan tiba-tiba, dimana kerajaan belum follow thru belum being thru the proses. Dimana kita tukar satu dasar tetapi tidak ada satu dasar untuk gantikan kelemahan," katanya. Kerajaan menurut William perlu mencontohi Jepun yang menaikkan gaji golongan buruh bagi meningkatkan produktiviti dan menjamin kehidupan yang lebih selesa. Sekiranya kerajaan gagal, pasaran buruh tempatan akan lembab kerana perlu bersaing dengan buruh asing yang akan menjadi pilihan pelabur dan majikan. "Kita nak naikkan value added industri. Ditunjuk oleh negara Jepun dan australia tahun 60an keluarkan rice cooker, lowcost produk. Hari ini mereka telah berkembang buat komputer, high technology, di mana pekerja mereka gaji naik untuk mengadakan produktiviti yang lebih dan kehidupan lebih mewah. "Kita hendak ikut negara ini kalau tidak 50 tahun kerja kita sama. Bandingkn hari ini gradute yang keluar dapat gaji RM1500 RM1800 20 tahun lalu gaji sama. Maknanya kehidupan rakyat turun sebab 20 tahun dulu 1 botol air 20sen 1 nasi lemak 20 sen. Hari ni roti canai dah RM1.20 sebab itu tidak boleh adakan pekerja gaji rendah nak bagi rakyat naik taraf hidup. "Kalau tidak dan kalau tak buat pada hari ini kemasukn pekerja asing 2.5 juta bagaimana pekerja kita tidak akan dapat naikkan gaji dan nak naikan standard of living kita. Kita tak bagi mereka masuk majikan x ada pilihan," katanya. William berkata, tindakan Najib mewujudkan Ekuinas bagi menggantikan FIC tidak akan berjaya menarik pelabur seperti yang didakwa selagi beliau tidak menghapuskan rasuah, birokrasi dan menjamin keselamatan negara. Katanya, Najib tidak seharusnya mengatakan FIC gagal memainkan peranaannya kerana kegagalan berkenaan berpunca daripada kelemahan kerajaan menyalahgunakan FIC. "Implimentasi yang terpesong FIC telah disalahgunakan, bagaimana salah guna? Kerana rasuah kerana kita ada birokrasi yang lemah ambil masa buat keputusan. Keselamatan di negara kurang, kehakiman kita, rakyat dan pelabur asing kurang keyakinan. Ini punca rakyat kurang keyakinan pada institusi-institusi. "Bukan FIC yang diadakan sahaja maslah ini berpunca, kalau kita tidak ada keazaman politik untuk tukar dan naikkan kepercayaan rakyat pada institusi kehakiman, polis dan sebagainya. Pelabur asing dan tempatan takkan datang. Sebab tak selesai dan tak ada penawar yg tepat. "Ubat yang salah mansuhkan FIC bukan ubat yang betul untuk naikkan hak kebebasan kehakiman ada kan polis yang berkesan adalah ubat yang betul. Ini adalah masalah needed reaction untuk memenangi popular support," katanya. Tambah beliau tindakkan Najib meningkatkan jumlah pegangan ekuiti asing di negara ini sehingga 70% memperlihatkan beliau tidak membela nasib rakyat terutamnya kaum Melayu apabila Najib sendiri mengakui kini hanya ada RM2 bilion IPO di tangan kaum Melayu. "Kita hendak PM yang bela Malaysia dan rakyat, kalau bela US itu tugas Obama dan orang asing yang lain. Apa yang kita hendak, penting pertahan dan bela rakyat Malaysia,"katanya. Menurutnya ekonomi negara akan menerima impak yang sangat teruk sekiranya pelabur asing yang melabur di atas liberalisasi ekonomi ini menarik semula pelaburan mereka. Katanya, kerajaan seharusnya memikirkan dasar yang baik untuk rakyat dan ekonomi negara kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga negara. "Efek teruk. Kita tengok pada masa ni negara-negara dah buka pintu mereka. Bank-bank orang asing masuk mereka hanya ada 1 motif untuk mendapat keuntungan. Mereka tidak akan tolong penduduk, bantu ekonomi tempatan, hanya ada 1 motif dapat keuntungan dan bawa balik pada negara mereka. Bila suprime ada, stock market akan jatuh kerana fund manager akan jual saham mereka untuk ambil wang balik. "Kalau kita bukak semual ekonomi kita pada masa ini dan mereka dah pegang saham, akan jual saham mereka x peduli dan saham kita akan jatuh. Ini ialah satu insident yg kita hendak jaga. "Sudah pasti hari ini satu dasar yang salah sebab itu kita x boleh ikut ape yang dikatakan dengan tidak tengok dengan teliti. Kita kena tahu pada hari ni the rule of game dah bertukar. Mengapa kita hendak bukak? tidak boleh, mereka kata buka untuk untungkan mereka sendiri. Kita hendak bela negara sendiri kena fikir apa yang baik untuk rakyat kita dan ekonomi kita sendiri kerana orang asing xkan bela kita, ni kita kena jaga," katanya. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Saturday, July 11, 2009
100 Hari :Najib Gagal Perkenal Idea Sendiri Tapi Ceduk Idea PR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment