AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 26, 2009

Wartawan Utusan ke SPRM lagi

Terus berjuang dengan caranya sendiri, Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu sekali lagi membawa isu dalaman syarikat itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isunya juga bukan kegagalan rundingan perjanjian bersama (CA) wartawan akhbar Umno itu dengan majikannya tetapi mengenai perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro RM46,000.

Pada 24 April lalu, NUJ Utusan ke suruhanjaya itu untuk mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di belakang gol di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa "terlalu mahal" RM160,000.

nuj utusan malaysia sprm report 260609 02Menurut Pengerusi NUJ Utusan, Amran Ahmad (kanan) yang membawa perkara itu di SPRM Pulau Pinang, pengubahsuaian pejabat tersebut "menelan belanja yang terlalu tinggi".

"Mana mungkin pengubahsuaian pejabat yang kecil menelan belanja sehingga RM46,000? Tinjauan kami mendapati semua peralatan pejabat seperti pendingin hawa adalah yang lama.

"Jumlah itu menyamai kos pembinaan sebuah rumah banglo di kawasan luar bandar, saya hairan bagaimana ia boleh berlaku," katanya kepada Malaysiakini selepas aduan semalam.

Turut hadir bersama Amran, tiga lagi exco kesatuan Wan Syamsul Amly, Hata Wahari dan Taufek Razak.

Amran berkata, tinjauan mereka mendapati, “pejabat kecil” tersebut hanya dicat baru dan dibuat pembahagian ruang menggunakan kayu lembut sahaja dengan kos sebenar dianggarkan tidak melebihi RM15,000.

Sementara itu, mengenai rundingan perjanjian bersama (CA) dengan majikannya, Amran berkata, sejak April lalu, belum ada perkembangan positif.

Katanya, dua minggu lalu, pihak pengurusan Utusan Melayu telah memanggil kesatuan itu bermesyuarat tetapi mereka tidak berminat “selagi tidak ada tawaran baru” untuk dibincangkan.

nuj utusan malaysia sprm report 260609 03Malaysiakini difahamkan, tindakan Amran yang kebelakangan ini dilihat aktif mengkritik pengurusan syarikat tersebut dalam isu CA dan "kempen pemutihan syarikat" telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Beberapa hari lalu, sekeping poster ditampal di ibu pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin , yang menyebut: "Pengkhianat Melayu. Awas! Ejen DAP sudah menyusup masuk ke Utusan".

Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009