SHAH ALAM, 24 Jun - Senarai nama ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baru akan diketahui Julai ini.
Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata senarai ahli majlis itu sepatutnya dikeluarkan kerajaan negeri bulan ini namun telah di tunda kepada bulan hadapan bagi memastikan mereka yang dilantik benar-benar layak.
“Kerajaan negeri memerlukan masa untuk menyemak latar belakang ahli yang dilantik bagi mengelakkan perkara sama berulang”, katanya kepada pemberita selepas katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco disini petang tadi.
Menurut Abdul Khalid, sebelum ini beberapa ahli majlis yang dilantik mempunyai rekod tidak bersih selain terlibat dalam kes polis.
Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu turut memaklumkan senarai ahli majlis yang akan dilantik akan ditentukan oleh parti masing-masing.
“Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) ianya akan dinilai oleh ketiga- tiga parti (Pakatan Rakyat)”, katanya.
Sumber: Selangor Kini
0 comments:
Post a Comment