AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, June 15, 2009

Pindaan Perlembagaan PKR DiLulus



Lebih 90 peratus perwakilan Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat meluluskan pindaan perlembagaan untuk merombak sistem pemilihan, tempoh jawatan dan struktur organisasi dalam usaha memantapkan parti dan menghindari penularan politik wang.

Sejumlah 941 daripada 1009 perwakilan yang menghadiri Kongres itu menyokong usul-usul yang dibentangkan.

Antara usul yang diperakukan ialah menghadkan tempoh presiden kepada tiga penggal, memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa, memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Turut diluluskan usul mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun.

Usul lain termasuk menukar istilah "Bahagian" kepada "Cabang," "Majlis Pimpinan Tertinggi" kepada "Majlis Pimpinan Pusat," dan "Perhubungan Negeri" kepada "Majlis Pimpinan Negeri."

Proses mengundi pula akan dilakukan secara undi sulit dua minggu sebelum Kongres Nasional di tahun pemilihan.

Dakwat kekal akan digunakan untuk mengelak sebarang kecurangan dan memastikan kewibawaan proses mengundi.

Keahlian minima untuk menubuhkan Bahagian pula ditukar kepada 100 ahli daripada 50 manakala cogan kata parti dijadikan "Keadilan Untuk Semua".

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009