PENDANG, 11 Jun (Hrkh) - Kecenderungan pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat penafian terhadap skandal berkaitan pengurusan kewangan negara seolah-olah mereka menganggap harta negara ini sebagai milik peribadi, demikian tempelak Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.
"Tak payah kaji, rakyat sudah tahu kerana dengan kos RM270 juta tetapi tidak sampai dua tahun dah merudum (runtuh), takkan (pembinaan itu) ikut spesifikasi?" persoalnya yang turut menegaskan bahawa biarpun pimpinan BN cenderung menafikan, akhirnya akan terbongkar juga.
Katanya, semua wang kerajaan adalah dipungut dari hasil dan cukai rakyat serta sumber negara yang perlu diagihkan untuk kepentingan umum bukannya kepada kelompok tertentu sahaja.
"Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru ini umum berjaya kumpul beratus bilion ringgit cukai. Itu duit rakyatlah tu," tegas Hayati.
Menurut beliau, di Kedah khususnya di Pendang, jalan diturap berhampiran rumah penduduk berdasarkan parti politik pilihan mereka.
"Kalau (orang) BN turap sampai depan tangga rumah, kalau PAS, kereta kita kena ada 'gear lompat'," sindir beliau merujuk jalan yang tidak diturap sepenuhnya selepas melawat Kampung Mahawangsa dan Kampung Sawa Kecil baru-baru ini.
Katanya, BN berbuat demikian seolah-olah wang itu keluar dari kocek mereka dan akibat dari wujudnya perasaan tamak haloba yang tidak mengenal antara amanah dan khianat. - mks. _
0 comments:
Post a Comment